Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM285.00
Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu
Price RM285.00
Product SKU 9839966200
Brand Taman Pustaka
Size (L x W x H) 31.5 cm x 22.5 cm x 3 cm
Reward Points 285
Points Needed 57000
Availability 2
Quantity
Description

Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu  - Kulit keras, jaket habuk, saiz besar


Pengarang: Haji Raja Ahmad, Haji Raja Ali
Muqaddimah: Duli yang Teramat Mulia Yang di Pertuan Muda Tengku Mizan Zainal Abidin ibni Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
Pengenalan: Shaharil Talib, Ismail Hussein, Michiko Nakahara 
Penerbit: The House of Tengku Ismail
ISBN: 9839966200
Tahun: 1991
Bahasa: Skrip Jawi
Muka Surat: 329
Berat: 1600g

 

 

Tuhfat al-Nafis merupakan contoh penulisan sejarah istana Melayu tradisional yang amat baik, yang mendorong pelbagai pihak menyalinnya untuk kegunaan mereka sendiri. Karya agung ini pada mulanya disusun dan ditulis di Istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau dibawah pengaruh Bugis. Semasa peralihan di abad ke 18, orang-orang Bugis yang merupakan pendatang asing membekalkan pasukan bersenjata dan keutuhan politik kepada warisan kerajaan Melaka lama yang ditegakkan semula di Wilayah Johor-Riau-Lingga, yang sewaktu itu sedang menghadapi ancaman dari penyerbuan orang-orang Minangkabau, perpecahan dalaman dan juga perang saudara di- dalam wilayahnya yang luas itu. Menjelang tahun 1860 an, ketika teks asal telah selesai ditulis, orang-orang Bugis telah pun berakar umbi dalam struktur politik Melayu lebih dari 150 tahun. Penulisan sejarah telah dipergunakan sebagai pelengkap ketampilan negarawan, khususnya oleh orang-orang Bugis yang menguasai kedua-dua bidang tersebut.

Kajian-kajian kebelakangan ini mengusulkan bahawa Tuhfat al-Nafis adalah me- rupakan hasil usaha dua orang pembesar istana, ayah dan anak, iaitu Haji Raja Ahmad (1778-1878) dan Haji Raja Ali (1809-72). Haji Raja Ahmad menulis versi yang pendek yang kemudiannya menjadi asas kepada anaknya untuk melanjutkan seterusnya.5 Kedua-dua penulis ini berasal dari keluarga Bugis yang terkenal, yang berkhidmat sebagai pegawai istana kepada pembesar mereka Yamtuan Muda Bugis dalam Kerajaan Melayu. Sejarah dunia Melayu yang mencakupi masa selama tahun ini, telah ditulis dari kacamata yang menuntungkan bangsa penakluk dalam bahasa bangsa yang ditakluki.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More