Price | RM14.00 |
Product SKU | 9789830993683 |
Brand | Al-Hidayah Publication |
Points Needed | 2800 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Terjemahan Penawar Bagi Hati - kulit lembut
Pengarang: As-Syeikh Abdul Qadir Abdul Mutthalib Al-Indonesi Al-Mandili
Penterjemah: Noraine Abu (Transliterasi Jawi - rumi)
ISBN: 9789830993683
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 248
Berat: 284 g
Ilmu Tasawwuf merupakan suatu pengetahuan yang membicarakan segala kelakuan hati, sama ada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar, dan juga kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesar diri. Ilmu ini sangat bermanfaat bagi orang yang mendalami dan melalui jalannya dalam menyucikan hati dan membersihkan amalan supaya semata-mata kerana Allah Tuhan sekalian alam.
Oleh yang demikian, kitab ini merupakan suatu kitab yang sangat bermanfaat yang membincangkan segala perihal manusia secara zahir dan batin yang terdiri daripada segala anggota zahir yang tujuh, dan juga segala kelakuan hati dan sifat-sifat tercela yang berkaitan dengannya serta akibat daripadanya, dan juga didatangkan segala sifat terpuji yang patut ada pada setiap manusia.
Semoga dengan kehadiran kitab ini dalam tulisan rumi akan lebih memudahkan dan dapat mendatangkan bergunung manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan dunia yang merupakan negeri ujian dan mempersiapkan bekal menuju Hadrat Rabbul 'Alamin.