Price | RM15.00 |
Product SKU | 9789832052746 |
Brand | Khazanah Banjariah |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | 6 |
Quantity |
|
Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) - Kulit Lembut
Pengarang: Imam al-Ghazali
Penterjemah: Ahmad Fahmi Zamzam
ISBN: 9789832052746
Penerbit: Khazanah Banjariah
Tahun: 2020
Bil Muka surat: 184
Berat: 291 g
Kitab "Bidayatul Hidayah" adalah di antara kitab karangan Al-Imam Hujjatul-Islam Al-Ghazali rahimahullah ta'ala yang banyak diberikan berkah oleh Allah taala. Dan kitab ini telah memberi banyak faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang memuthalaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandungannya. Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragui lagi.
Di dalam kitab ini Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah ta'ala menggariskan amalan-amalan harian yang mesti kita lakukan pada setiap hari dan waktu serta adab-adab untuk melaksanakan amal ibadah, supaya ibadah tersebut dapat dilakukan dengan baik, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. Begitu pula Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah ta'ala menunjukkan kepada kita bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya kita dapat meninggalkan segala dosa dan maksiat, sama ada zahir mahupun batin. Setelah itu beliau menyebutkan adab-adab pergaulan seseorang dengan Allah taala sebagai Penciptanya dan dengan semua lapisan masyarakat yang ada di sekelilingnya.
Oleh itu kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan amalan harian bagi kehidupan seseorang muslim yang mahu menjadikan negeri akhirat, masuk ke dalam Syurga dan mendapatkan keredhaan Allah taala sebagai tujuan hidupnya.