Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM28.00
Pembangunan Modal Insan Misi 2057 Berteraskan Islam dan Konvensional
Price RM28.00
Product SKU 9789676121981
Brand Utusan Publications
Reward Points 28
Availability 1
Quantity
Description

Pembangunan Modal Insan Misi 2057 Berteraskan Islam dan Konvensional - Kulit lembut

 

Penuli: Mustafa Dakian
ISBN: 9789676121981
Penerbit: Utusan Publications & Distributors 
Bahasa: Melayu

Tahun: 2009
Bil Muka surat: 390
Berat: 460 g

 

SIRI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN URUSAN terdiri daripada buku-buku yang mengulas pelbagai persoalan dalam pengurusan dan pentadbiran seperti perlaksanaan dasar, kewangan, kepimpinan, mutu kerja dan produktiviti. Buku-buku dalam siri ini mengandungi saranan, peraturan dan panduan yang perlu diamalkan oleh setiap pengurus, pentadbir dan perancang atau individu dalam organisasi seperti syarikat dan jabatan kerajaan.

 

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pernah mencetuskan revolusi dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan "Modal Insan" sebagai satu landasan kecemerlangan generasi masa hadapan. Modan insan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat petriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

 

Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama akan dilaksanakan iaitu Pertama, Meningkatkan Keupayaan dan Penguasaan Ilmu Pengetahuan; Kedua, Memperkukuh Keupayaan Sains, R&D dan Inovasi; dan Ketiga, Memupuk Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

 

Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama. Dalam konteks Malaysia, aspek keilmuan dan pendidikan sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan. Ia sentiasa mendapat peruntukan besar dalam belanjawan tahunan dan antara tumpuan dalam setiap Rancangan Malaysia. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran bangsa itu.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More