RAMADHAN PROMOTION | INSERT COUPON CODE 'RAMADAN' & ENJOY 10% ON ALL BOOKS UNDER ISLAM CATEGORY
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Jejak-Jejak di Pantai Zaman
Price RM35.00
Product SKU 9789679940206
Brand Penerbit UM
Reward Points 35
Points Needed 7000
Availability 4
Quantity
Description

Jejak-jejak Di Pantai Zaman - kulit lembut


Penulis: Ungku A. Aziz
ISBN: 9789679940209
Penerbit: Penerbit UM
Tahun: -
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 142
Berat: 220g

 

Kemiskinan menjadi masalah perdana di Malaysia pada masa ini. Di dalam buku ini, Profesor DiRaja Ungku A. Aziz, seorang tokoh ekonomi, yang telah menumpukan perhatiannya kepada masalah kemiskinan desa selama lebih daripada dua puluh tahun menghuraikan pendapat Pendeta Za'ba tentang kemiskinan orang Melayu yang ditulis lima puluh tahun dahulu.

 

Sambil memberi latar belakang tentang rancangan-rancangan ekonomi yang Za'ba telah menulis sekali sahaja di dalam riwayatnya, Profesor DiRaja Ungku A. Aziz juga menyambung jejak-jejak Za'ba di pantai zaman sehingga di zaman sekarang di mana pembasmian kemiskinan telah ditentukan sebagai satu dari dua strategi penting di dalam rancangan ekonomi Malaysia yang kedua (1971-75).

 

Pembaca tentu tahu siapakah dia orang Melayu, pegawai pengintip British yang telah memeras otak Za'ba sehingga beliau menulis sepucuk surat ratapan jiwa yang terakhir. Perkara ini telah dibongkar pertama kalinya oleh Profesor DiRaja Ungku A. Aziz.

 

Sesungguhnya Profesor DiRaja Ungku A. Aziz begitu sibuk dengan urusan Universiti, tugas-tugas antarabangsa serta penyelidikan tentang kemiskinan desa, beliau telah berjaya melapangkan masa untuk memberi penghormatan sewajarnya kepada sahabat lamanya Za'ba, bukan sahaja sebagai tokoh cerdik pandai Melayu dan sasterawan yang ulung akan tetapi juga sebagai tokoh pemikir ekonomi yang awal di antara anak bangsa Melayu. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More