RAMADHAN PROMOTION | INSERT COUPON CODE 'RAMADAN' & ENJOY 10% ON ALL BOOKS UNDER ISLAM CATEGORY
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM34.00
Penyelidikan: Pendekatan dan Cabaran
Price RM34.00
Product SKU 9789831008669
Brand Penerbit UM
Size (L x W x H) 22.8 cm x 15.2 cm x 0.5 cm
Availability 3
Quantity
Description

Penyelidikan: Pendekatan Dan Cabaran - Kulit Lembut


Penulis: Qasim Ahmad
ISBN: 9789831008669
Penerbit: Penerbit UM
Tahun: 2016
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 82
Berat: 170g

 

Buku yang membicarakan salah satu kegiatan terpenting para akademik dan siswa ini memberikan tumpuan kepada kerangka yang selain daripada perincian metode-metode penyelidikan semata-mata. Di samping menggariskan latar belakang aktiviti penyelidikan, ia juga menonjolkan persamaan dan perbezaan yang terdapat antara pelbagai disiplin akademik bersabit hal ini. Seterusnya, permasalahan dan cabaran semasa tentang penyelidikan juga turut digarap.

 

Dengan mengutarakan konteksnya yang lebih meluas, membabitkan sejarah dan kepentingannya pada masa kini, diharapkan, para siswa terutamanya, akan menjadi lebih terangsang untuk memberikan pemerhatian yang lebih serius terhadap bidang penyelidikan. Dengan itu juga bidang penyelidikan seharusnyalah tertempat pada tahap yang sewajarnya. 

 

Penulisan ini disediakan bukan hanya untuk tatapan para akademik dan siswa-siswi di universiti, tetapi juga untuk semua mereka yang berminat dan mempunyai hubungan dengan bidang penyelidikan dan penulisan, baik penjawat awam mahupun ahli masyarakat amnya. 
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More