Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM10.00
Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Perkahwinan dan Poligami Rasulullah SAW dan Jawapan Terhadapnya
Price RM10.00
Product SKU 9789830995410
Brand Al-Hidayah Publication
Availability 3
Quantity
Description

Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Perkahwinan dan Poligami Rasulullah SAW dan Jawapan Terhadapnya -Kulit Lembut

 

Pengarang: Ibrahim Sya'wat & Abdullah Nasih ulwan
Penterjemah: Basri Ibrahim al-Hasani al-Azhari
ISBN: 9789830995410
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2004
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 143
Berat: 204 g

 

Rasulullah SAW adalah manusia yang paling sempurna di muka bumi, kerana dengan kesempurnaan akhlaknya Baginda disanjung, kerana ketinggian budinya beliau amat dikagumi. Ketinggian akhlaknya menyerlah menunjukkan bahawa beliau memang manusia agung. Aisyah isterinya ketika ditanya tentang akhlak Baginda maka jawabnya bahawa akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Qur'an.

 

Ketinggian, keagungan, keluhuran budi Baginda telah pun dicabar oleh pelbagai pihak, terutamanya kafir durjana, kaum orientalis, dan sekularis. Mereka melontarkan tuduhan kosong, memfitnahnya tanpa sebarang bukti kukuh yang hanya mengikut hawa nafsu serta api kebencian semata. 

 

Mereka mengatakan bahawa nafsu syahwat Rasulullah SAW diumpamakan kuda, sehingga beliau berpoligami banyak. Tuduhan lain mengatakan Baginda adalah seorang yang zalim dan ganas kerana mengahwini Aisyah seorang anak gadis di bawah umur dan banyak lagi tohmahan terhadap perkahwinan dan poligami yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. 

 

Sekiranya Rasulullah SAW berpoligami dikeranakan hawa nafsu, sudah tentu Baginda tidak akan berkahwin dengan para janda, kerana pada kenyataannya  kesemua isteri beliau adalah janda kecuali Aisyah sahaja. Jika demikian kenapa beliau berkahwin dengan Aisyah pada usia yang teramat muda?

 

Bagi menjawab soalan tersebut Ustaz Prof. Ibrahim Sya'wat dan Ustaz Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah memberikan jawapan secara terperinci mengenai sebab-musabab perkahwinan Rasulullah SAW terhadap Ummahat al-Mukminin. Beliau adalah tokoh ulama terkemuka dan pakar dalam bidangnya. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More