Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM58.00
Sejarah Dalam Arus Kesedaran: Sumbangsih Kepada Profesor Dr. Adnan Haji Nawang
Price RM58.00
Product SKU 9789670468631
Brand Penerbit UTHM
Reward Points 58
Points Needed 11600
Availability 2
Quantity
Description

Sejarah Dalam Arus Kesedaran: Sumbangsih Kepada Profesor Dr. Adnan Haji Nawang - kulit lembut


Penulis: Ishak Saat, Adnan Jusoh, Nabir Hj.Abdullah
ISBN: 9789670468631
Tahun: 2014
Penerbit: Penerbit UTHM
Bahasa: Melayu  
Muka Surat: 339
Berat: 492 g

 

Buku Sejarah Dalam Arus Kesedaran, Sumbangsih kepada Profesor Dr. Adnan Haji Nawang ini dihasilkan sempena mengingati jasa dan sumbangan beliau dalam membangunkan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Selaku Dekan yang pertama sudah tentu banyak cabaran dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh beliau untuk membina sesuatu dari tiada kepada ada. Dengan erti kata lain, beliau melakarkan sebuah sejarah tersendiri dalam membangunkan bidang sains kemanusiaan di UPSI  iaitu satu-satunya fakulti yang mempunyai pelbagai disiplin ilmu seperti Sejarah, Geografi, Pengajian Malaysia, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Buku ini mengandungi 13 bab yang berkaitan dengan sejarah dengan tema  kesedaran yang dihasilkan oleh para pelajar pasca siswazah dan juga para pensyarah dari institut pengajian tinggi awam dan swasta. Ada di antara penyumbang bab ini merupakan  bekas pelajar beliau dan ada juga antaranya merupakan rakan seperjuangan beliau semasa di (UPSI) . Semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu memperbanyakkan khazanah sejarah untuk dijadikan tatapan generasi akan datang.

Sesuai dengan konsep sejarah mengajar erti kedewasaan dan sejarah itu satu pengajaran dan tauladan. Lantaran itu ambillah pengajaran dari sejarah demi masa depan agama, bangsa dan negara. Buku ini juga dihasilkan bertujuan untuk membimbing dan melahirkan sejarawan baru dalam mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh sejarawan terdahulu dalam usaha memperbanyakkan khazanah sejarah negara. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More