Price | RM40.00 |
Product SKU | 9789671863510 |
Brand | Rabbani Books |
Reward Points | 40 |
Points Needed | 5000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Beberapa Peristiwa & Iktibar Daripada al-Quran & al-Sunnah - Kulit Lembut
Pengarang: Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti / Kumpulan Penterjemah Akademi Tursina
ISBN: 9789671863510
Penerbit: Rabbani Books & Media
Bahasa: Bahasa Melayu
Tahun: 2020
Muka surat: 424
Berat: 500 g
Perbahasan buku ini asalnya diambil daripada salah satu siri Kuliah Pengajian al-Quran yang disampaikan oleh asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti . Siri kuliah yang berjudul Mashahid wa 'Ibar min al-Qur'an wa al-Sunnah (Beberapa Peristiwa dan Iktibar daripada al-Quran dan al-Sunnah) ini mengandungi 30 kuliah yang kemudiannya diterjemah dan disunting menjadi 30 bab dalam buku ini.
Dalam setiap kuliah, asy-Syahid Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti mengajak kita merenung satu-satu peristiwa atau senario yang diambil daripada al-Qur'an, hadis atau sirah. Kisah-kisah yang dinukilkan di sini biasa didengari, namun kupasan beliau amat istimewa kerana memuatkan analisis beliau yang mendalam dan halus terhadap sesuatu peristiwa. Setiap kuliah membawa tema tertentu, dan tema-tema yang diangkat menjurus kepada aspek pengukuhan iman dan akidah.