Price | RM38.00 |
Product SKU | 9789671897669 |
Brand | Biblio Press |
Reward Points | 38 |
Points Needed | 7600 |
Availability | 11 |
Quantity |
|
Description
Tao Te Ching
Pengarang: Lao Tzu / Hazman Baharom (Penterjemah)
Penerbit: Biblio Press
Format: Kulit keras
Tahun: 2021
Bahasa: Melayu
Halaman: 125
Berat: 248 g
Sejak lebih 2,000 tahun lalu, karya bertajuk Tao Te Ching ini kekal menjadi salah sebuah teks falsafah yang aktif dibincang, dibahas dan dihuraikan oleh ahli-ahli falsafah, khususnya di dunia Asia Timur. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap pemikiran politik, spekulasi metafizik, dan sudut pandang etika, tetapi turut menjadi pasak kepada beberapa aliran agama di Asia Timur. Kesan pemikiran daripada buku ini dapat dirasa bukan saja, di China (atau dalam diaspora Cina di mana-mana di dunia termasuk di Malaysia), tetapi juga di kawasan-kawasan kebudayaan yang banyak terimpak dengan budaya Cia seperti Jepun, Korea dan Vietnam.
Buku yang berada di tangan anda ini merupakan penerokaan falsafah seorang mahaguru bernama Lao Tzu terhadap persoalan-persoalan kehidupan dan kewujudan yang paling mendasar. Ia mencadangkan konsep "Tao", satu daya yang wujud tanpa rupa, tanpa wajah, tanpa bentuk, tanpa rasa, namun itulah asal-usul bagi segala sesuatu. Ia ditulis dengan gaya pendek-pendek yang tidak meleret, dan gaya sebegini tentunya mengundang ribuan komentar dan kritikan selepas itu.
Author
Lao Tzu merupakan pengarang Tao Te Ching. Beliau merupakan ahli falsafah purba China dan dianggap sebagai pengasas ajaran Taoisme. Beliau dipercayai hidup sekitar abad ke-4 (570 SM - 470 SM), semasa berkembangnya Seratus Sekolah Pemikiran pada Zaman Chunqiu.
Reviews