Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM23.00
Perintah Segala Raja-Raja (Majlis Acheh)
Price RM23.00
Product SKU 9789835204210
Brand Penerbit UTM
Reward Points 23
Availability Out Of Stock
Description

Perintah Segala Raja-Raja (Majlis Acheh) - Kulit lembut 

 

Penulis: Yahaya Jusoh, Kamarul Azmi Jasmi
ISBN: 9789835204210
Tahun: 2007
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 136
Berat: 266g


Buku ini ialah hasil tulisan transliterasi daripada manuskrip Majlis Aceh yang asal bertajuk Ma Bayyana al–Salatin yang bermaksud Perintah Segala Raja-Raja. Manuskrip ini telah disalin secara sempurna oleh Isma’il bapa Ahmad sekitar tahun 1231 H/1815 M. Manuskrip Perintah Segala Raja-Raja merupakan satu catatan penting yang membincangkan etika raja dan pengawai, salasiah raja-raja dan senarai pegawai kerajaan dalam pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam. Selain itu, manuskrip ini turut merangkumi adat istiadat dan undang-undang perdagangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Aceh. Segala adat istiadat diraja dan peraturan pemerintahan yang dijalankan memperlihat wujudnya percampuran adat dan Islam. Manuskrip ini juga menunjukkan betapa pengaruh Islam amat menyerlah termasuklah dalam sistem perdagangan. Apa yang pasti Perintah Segala Raja-Raja satu gambaran penting proses perkembangan dan pembangunan pemerintahan serta ketamadunan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara khususnya kerajaan Melayu Aceh Darussalam.

Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar dan pensyarah serta pembaca umum yang ingin mengetahui dan mendalami proses perkembangan pemerintahan dan ketamadunan masyarakat dalam kerajaan Melayu Islam di Asia Tenggara.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More