Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Fret Not. Our Preferred courier Partner is Poslaju | Usah Risau, kurier pilihan kami adalah Poslaju
RM58.00
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971 - 2004
Price RM58.00
Product SKU 9789670468686
Brand Penerbit UTHM
Reward Points 58
Points Needed 11600
Availability Out Of Stock
Description

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971 - 2004 - Kulit lembut

Pengarang: Mohd Azhar Bahari, Ishak Saat 
Penerbit: Penerbit UTHM
ISBN: 9789670468686
Tahun: 2014
Bil Muka surat: 344
Berat: 498g


Buku Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-2004 merupakan sebuah catatan sejarah tentang salah satu gerakan Islam di Malaysia. Melalui buku ini pelbagai peristiwa yang dirakamkan berkaitan dengan sejarah ABIM diutarakan. Bermula dengan latar belakang penubuhan, sumbangan dan perjuangan serta tribulasi yang dihadapi oleh gerakan dakwah ini dalam memperjuangkan prinsip dan matlamat perjuangan yang mereka yakini. Usaha dilakukan bagi menghasilkan sebuah buku catatan sejarah gerakan Islam di Malaysia bagi memenuhi koleksi khazanah sejarah Malaysia.

Sebagai sebuah Non-Government Organization (NGO), ABIM tidak terikat dengan dasar-dasar parti pemerintah ataupun parti pembangkang selaras dengan dasar Non Partisan ABIM. Medan dakwah menjadi ruang utama untuk ABIM menyatakan prinsip dan matlamat perjuangan. Justeru itu, seringkali ABIM dilihat adakalanya menyokong pihak pembangkang dan adakalanya pula menyokong pihak kerajaan. Demi Islam, uslub dakwah sentiasa berubah sesuai dengan konsep Manhaj Maliziy yang menjadi pegangan ABIM.

Justeru itu, penulis cuba merakamkan sebaik mungkin perkembangan sejarah, kegiatan dakwah, kemelut kepimpinan, krisis keyakinan masyarakat dan uslub dakwah yang dilakukan oleh ABIM. Semoga usaha menghasilkan sebuah catatan sejarah gerakan Islam di Malaysia dapat dimanfaatkan oleh mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat dan mendalam sejarah salah sebuah gerakan Islam di Malaysia. Diharapkan catatan sejarah ini dapat menjadi rujukan kepada mereka yang berminat untuk membuat kajian lanjut tentang perjuangan sebuah gerakan Islam di Malaysia.

Semoga catatan sejarah tentang Angkatan Belia Islam Malaysia 1971-2004 dapat dimanfaatkan oleh mereka yang berminat untuk membuat kajian lanjut. Buku ini sesuai dibaca oleh para pensyarah, para siswazah, bakal-bakal guru, pencinta dakwah dan pendukung gerakan Islam di Malaysia. Diharapkan juga ada kajian lanjut dilakukan oleh mereka yang ingin menambahkan lagi koleksi catatan sejarah tentang gerakan Islam di Malaysia yang semakin hari semakin bercambah dan mencabar.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More