Price | RM30.00 |
Product SKU | 9789831003473 |
Brand | Penerbit UM |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 6000 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Pensejarahan Patani - Kulit Lembut
Pengarang: Mohd Zamberi A Malek
ISBN: 9789831003473
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Tahun: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka surat: 227
Berat: 380 g
Penulisan Pensejarahan Patani adalah buku bercorak historiografi tentang kajian teks sejarah Tarikh Patani dan Hikayat Patani. Buku ini terhasil dari kesedaran perlunya bahan yang bertaburan tentang Patani dikumpulkan untuk dijadikan bacaan umum. Pelbagai isu yang tercetus dewasa ini di Selatan Thai menarik perhatian mereka yang ingin menelusuri keadaan sebenar latar belakang wilayah-wilayahnya. Menyusur sejarahnya yang panjang, Selatan Thai merupakan sebahagian gugusan negeri Melayu Semenanjung yang terpisah dan terpinggir angkara kolonial British. Bekas negeri Patani yang terdiri daripada wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat diberi gambaran sebagai hanyalah kelompok masyarakat Islam-Thai di Selatan Thai dan bukannya sebagai pusat kegiatan budaya dan peradaban bangsa Melayu yang pernah mencapai zaman kegemilangannya. Malahan daripada sumber yang diperoleh mencerminkan Patani pernah berperanan sebagai pusat kegiatan persuratan Melayu berunsur Islam yang gah dan pelopor kegiatan sastera dengan kemunculan penulis berstatus ulama yang menghasilkan kitab agama tersohor.
Buku ini diharap menjadi pencetus kesedaran betapa pentingnya sejarah dan pensejarahan Patani ditulis semula sejajar kemunculan pusat kegiatan persuratan yang muncul di serata Nusantara demi menghasilkan manuskrip untuk mengisi khazanah persuratan Melayu. Buku ini sebagai tatapan kepada pembaca agar mendapat gambaran betapa Patani yang dulunya pernah mengecap zaman keagungan dan kegemilangannya itu, lalu membuat perbandingan akan nasib malang yang membawa kemalapannya akibat dibelenggu penjajahan lebih seratus tahun.