Price | RM40.00 |
Product SKU | 9789679427617 |
Brand | Penerbit UKM |
Reward Points | 40 |
Points Needed | 8000 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Buruan Dosa - kulit lembut
Penulis: Yusoff Zaky Yacob
ISBN: 9789679427617
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2006
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 386
Berat: 570g
Antologi ini memuat sejumlah 18 buah cerpen pilihan yang telah diterjemahkan oleh Yusoff Zaky Yacob antara tahun 1961 hingga 1971. Cerpen-cerpen yang dipilih sarat dengan kisah kehidupan manusia dan kaya juga dengan kritik sosial. Yusoff Zaky cenderung kepada karya yang bersangkut soal psikologi. Cerpen-cerpen ini menekankan bahawa sebagai insan, perasaan cinta, kasih dan benci dalam diri akan dapat menghimpunkan pelbagai tindakan tanpa berlandaskan kewarasan akal fikiran. Kasih sayang yang mendalam mampu menukar kebahagiaan menjadi penderitaan yang menyakitkan. Kesunyian yang menyelubungi kehidupan pula akan menimbulkan tindakan di luar dugaan. Kerinduan yang mendalam dapat menghapuskan semua perasaan yang wujud disanubari meski batin terseksa dan melara. Demikianlah tema cinta, kehidupan dan kasih sayang menjadi landasan dalam setiap cerpen yang dihasilkan oleh pengarang antarabangsa dalam antologi ini. Tulisan mereka membuktikan sensitiviti kejiwaan tidak lepas dari membelenggu diri manusia untuk mendapat kepuasan malah pelbagai cara akan dilakukan oleh manusia untuk mencapai hasrat yang diinginkan. Keputusan dan perbuatan manusia itu memerangkap mereka dalam keadaan berdosa yang amat kuat. Cerpen-cerpen yang termuat ini merangkumi watak manusia pelbagai bangsa, melintasi sempadan negara dan melangkau benua. Pelbagai perasaan digambarkan dengan rasa sensitif yang menyentuh jiwa malah di dalamnya terdapat teladan, pengajaran dan keinsafan.