Price | RM45.00 |
Product SKU | 9789833707966 |
Brand | Pustaka Dini |
Reward Points | 45 |
Points Needed | 9000 |
Availability | Out Of Stock |
Sirah Nabawiyah: Kajian Mendalam Manhaj Gerakan Islam Pada Masa Rasulullah S.A.W - Kulit Lembut
Pengarang: Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Penterjemah: Aunur Rafiq Shaleh Tamhid
Penerbit: Pustaka Dini Sdn Bhd
Tahun: 2012
ISBN: 9789833707966
Halaman: 513
Berat: 740g
Pastinya anda telah pun tahu!!! Bahawa buku ini, telah pun menjadi buku kajian & rujukan di pelbagai Universiti Timur Tengah. Demikian pula halnya di kalangan pelajar di rantau nusantara, pun menjadikan buku ini sebagai buku rujukan dan kajian. Sememangnya perbahasan buku ini sangat sistematik, mudah dihadam dan sesuai dengan keperluan pelajar dan insan da'i yang ingin memahami sirah dan meneladani perikehidupan Baginda Rasulullah (s.a.w.).
Kehidupan Baginda Rasulullah (s.a.w.) memberikan kepada kita contoh teladan mulia, sama ada sebagai remaja dan belia yang jujur dan terpecaya di antara pelbagai kaum dan juga kerabat Baginda, mahupun sebagai insan da'i kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan segala tenaga dan kemahiran untuk menyampaikan risalahnya. Demikian pula selaku kepala negara yang mengatur segala urusan dengan tegas dan bijaksana; sebagai suami misali dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang bijak dan jujur dan atau sebagai Muslim secara kaffah yang dapat melaksanakan secara seimbang antar kewajipan beribadah kepada Allah (S.W.T.) dan bergaul dengan keluarga, sahabat dan orang ramai dengan baik.
Untuk itu, apabila anda hendak mencari teladan ideal yang hanya terdapat pada perikehidupan Baginda Rasulullah (s.a.w.) yang telah dijadikan Allah (S.W.T.) sebagai uswatun hasanah dan qudwah bagi bagi seluruh umat manusia; maka miliki dan bacalah buku ini.