Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM18.00
As-Salafiah Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam
Price RM18.00
Product SKU 9789833128150
Brand Jasmine Publications
Reward Points 18
Points Needed 3600
Availability Out Of Stock
Description

As-Salafiah Zaman Yang Berkat Bukan Mazhab Islam – Kulit Lembut

 

Pengarang: Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Penerbit: Jasmine Publications
ISBN: 9789833128150
Tahun: 2004
Bil Muka surat: 396
Berat: 448 g

 

Kitab ini begitu istimewa sekali dengan masalah as-Salafiah dijadikan sebagai tajuk utama. Banyak yang sudah dicetak dan diedarkan di seluruh negara Arab, begitulah juga negara-negara Islam yang Iain.

 

Terus terang saya katakan bahawa sejak kebelakangan ini masalah as-Salafiah sudah mula menjadi suatu tajuk hangat yang mengganggu umat Islam. Ekoran dari itu ada pula penulis yang menggambarkan di dalam sebuah majalah Arab Saudi dengan suatu tasawwur atau igauan-igauan ajaib yang menakjubkan. Khabarnya penulis itu bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti!!...

Perkara ini sebenarnya tidak perlulah saya panjangkan lagi perdebatan mengenainya. Cukuplah bagi anda untuk tahu bahawa apa yang saya bentangkan di dalam kitab ini semuanya berhujahkan nas-nas muktamad yang sampai secara langsung kepada kita dari zaman para sahabat dan tabien. Setiap kali ada penaklukan dan penyebaran Islam serta ada pula pergaulan dengan masyarakat bukan Arab Islam maka setiap kali itulah juga akan timbul masalah untuk berhadapan dengan mereka.

Jika dilihat dari segi bahasa perkataan as-Salafiah itu sendiri sebenarnya menggambarkan tentang suatu tempoh tertentu bagi zaman-zaman yang terlebih dahulu juga.

Bermakna, setiap zaman itu dikira zaman lampau bagi zaman-zaman yang datang selepasnya. Zaman yang telah berlalu dipanggil salaf manakala zaman yang datang sesudah itu pula dipanggil khalaf iaitu zaman yang telah meninggalkan zaman yang sudah Iepas.

Namun, pengertian yang jitu dan lebih tepat akan dapat diraih apabila perkataan as-Salafiah ini diberikan maknanya dari segi istilah, pengertian yang tidak boleh didolak-dalih lagi. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menunjukkan suatu makna khusus yang sudah sekian diketahui berkenaan salah satu zaman Islam yang paling unggul dan gemilang.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More