Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM24.00
Menjinakkan Nafsu Tiga Serangkai
Price RM24.00
Product SKU 9786299715122
Brand Hikmah Publishing
Size (L x W x H) 25 cm x 20 cm x 1 cm
Reward Points 24
Points Needed 4800
Availability Out Of Stock
Description
Highlight


Menjinakkan Nafsu Tiga Serangkai Dalam Hubungan Suami Isteri - Kulit Lembut


Penulis/Penyunting: Makmor Tumin
ISBN: 9786299715122
Penerbit:  Hikmah Publishing
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 82
Berat: 200 g


Manusia itu fitrahnya lalai dan lupa. Asal kejadiannya tidak diinsafi. Ujian ke atasnya tidak ditangani. Pernah dilarang ke atasnya menghampiri pohon terlarang. Takdir fitrah lalai dan lupanya itulah maka, termakan juga buah terlarang. Itulah takdir asal kejadiannya yang cucu cicitnya lupa dan tidak insaf. Diturunkan ke bumi, diuji dengan nafsu dan diberatkan lagi dengan godaan syaitan. 

 

Nafsu yang sepatutnya dijinakkan dan dikawal itu pula, sebaliknya dilayan kelalaian. Syaitan yang sepatutnya menjadi musuh, terlupa sehingga tertipu disangkakan menjadi kawan. Nafsu makan buah terlarang di syurga itu mengisyaratkan kepada cucu cicitnya betapa beratnya untuk menekan nafsu berkenaan. Kelalaian dan kelupaan memudahkan tangan bertalu-talu menyuap pelbagai hidangan dan sajian. Kata pujangga Islam, Imam al-Ghazali, sebagaimana dalam kitabnya Kasr al-Shahwatayn, dengan terjinaknya nafsu makan, maka akan terbelenggulah pula nafsu-nafsu yang lain. 

 

Sekiranya nafsu perut dapat ditekan, nafsu bawah perut dapat dilawan. Sekiranya dalam kelaparan, mulut tidak berupaya mendabik dada dengan kata-kata menongkat langit, keangkuhan. Inilah dia nafsu tiga serangkai: perut, bawah perut dan lidah dalam mulut.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box
You Might Like These Too:More