Price | RM36.00 |
Product SKU | 9786299715115 |
Brand | Hikmah Publishing |
Size (L x W x H) | 25 cm x 20 cm x 2 cm |
Reward Points | 36 |
Points Needed | 7200 |
Availability | 9 |
Quantity |
|
7 Tip Pantas Menulis - Kulit Lembut
Penulis/Penyunting: Makmor Tumin
ISBN: 9786299715122
Penerbit: Hikmah Publishing
Tahun: 2022
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 175
Berat: 210 g
ADAKAH MASIH TERKIAL-KIAL MENULIS? Anda mahukan tip pantas? Inilah bukunya yang dapat memberikan peluang kepada anda menjadi karyawan hebat. Nukilan ini ditulis Dr Makmor Tumin, pensyarah Universiti Malaya, universiti yang tersohor di negara ini. Penulisannya banyak ditumpukan tentang falsafah politik, agama, masyarakat sivil dan kesihatan awam.
Beliau telah mula menulis di akhbar tempatan semenjak tahun ketiga pengajiannya di Universiti Malaya. Buku ini sarat dengan kata-kata motivasi berserta contoh rencana tulisannya. Antara falsafah hidupnya yang menjadi inspirasi pelajarnya adalah, "Manfaatkan pancaindera anda. meskipun yang tinggal hanya satu deria sahaja."
Buku ini ditulis setelah beliau mendapati adanya teknik pantas dalam menulis. Dalam tahun 2022 sahaja, beliau telah menghasilkan lapan naskhah buku, baik sebagai pengarangnya mahupun editornya. Dalam tahun 2022 sahaja juga, beliau sekurang-kurangnya telah menghasilkan sebanyak lima makalah berindeks bersama ilmuan lain, 15 bab buku. 10 ulasan buku dan 15 rencana majalah.