Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM80.00
Menghidupkan Ilmu Agama (Ihya Ulumuddin) - Jilid 1 - Kitab Ilmu
Price RM80.00
Product SKU 9789670037288
Brand IBDE
Size (L x W x H) 30 cm x 25 cm x 5 cm
Reward Points 70
Points Needed 14000
Availability Out Of Stock
Description

Menghidupkan Ilmu Agama (Ihya' Ulumuddin)- Jilid 1 - Kitab Ilmu - Kulit keras


Pengarang: Imam Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī
Terjemahan: Mohamad Hilmi Marjunit, Zahid M. Naser
Penyunting: Badrul Aini Sha’ari
Penerbit: IBDE Ilham
ISBN: 9789670037288
Tahun: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka Surat: 328
Berat: 800g


JILID 1: KITAB ILMU

Kitab Ilmu daripada Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn (Menghidupkan Ilmu Agama) ini dikarang untuk menjernihkan semula kefahaman umat Islam tentang konsep ilmu. Imam al-Ghazālī menyedari berlakunya penyelewengan terhadap konsep ilmu oleh segelintir pihak yang termakan hasutan dunia. Penjelasan yang dibentangkan oleh beliau adalah hasil pengalaman rohaniah yang dicapai selepas melakukan pemerhatian terhadap golongan pelaku bidaah dan penurut hawa nafsu.

 

TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN

 

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

 

TENTANG PENGARANG

 

Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah  ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More