Price | RM65.00 |
Product SKU | 9789672166252 |
Brand | Penerbit UMS |
Reward Points | 65 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Sabah dalam Hubungan Malaysia-Indonesia - Kulit lembut
Penulis: Ramli Dollah, Muhd Faisal Rasihd & Eko Prayito Joko
ISBN: 9789672166252
Penerbit: Penerbit UMS
Bahasa: Melayu
Tahun: 2019
Bil. Muka surat: 271
Berat: 507 g
Buku ini tentu sahaja tidak dimaksudkan untuk menggantikan buku hubungan Malaysia-Indonesia yang pernah diterbitkan, sebaliknya bermatlamat untuk memperkayakan lagi perbahasan sedia ada khususnya yang melibatkan negeri Sabah dalam hubungan antara kedua-dua buah negara. Pada masa yang sama, diharapkan buku ini dapat menjadi pembanding dan pelengkap kepada kekeluargaan dan kekuatan penulisan berkenaan hubungan Malaysia-Indonesia.
Buku ini membahaskan berkenaan persoalan hubungan Malaysia-Indonesia yang dicorakkan dengan kepelbagaian warna dan rasa yang dilihat sebagai resepi kepada hubungan 'abang-adik' yang telah terjalin sebelum penjajah tiba ke rantau ini. Maka, buku ini dihasilkan untuk melihat sendiri keunikan dalam hubungan kedua-dua berjiran negara ini. Dengan memfokuskan kepada Sabah sebagai salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia, buku ini menawarkan kajian-kajian yang bersifat unik dan menarik untuk diteliti kerana hubungan wilayah-wilayah yang marginal ini tidak dapat dijelaskan dengan melihat peringkat makro hubungan ini. Walaupun terdapat beberapa konflik dan masalah yang menghambat hubungan kedua-dua negara ini terutamanya di Sabah, isu-isu ini hanyalah sebahagian daripada naratif dalam hubungan kedua-dua negara ini. Konflik dan masalah-masalah yang berlaku ini tidak boleh terlalu diberikan perhatian kerana terdapat banyak isu lain yang boleh membawa kepada keharmonian perlu diketengahkan dalam memahami hubungan kedua-dua negara.