Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM18.00
Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden, 1949-1979
Price RM18.00
Product SKU 9679940845
Brand Penerbit UM
Reward Points 18
Points Needed 3600
Availability 4
Quantity
Description

Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden, 1949-1979 - Kulit lembut

 

Pengarang: Mohamad Mokhtar Hassan
Penerbit: Penerbit UM 
Tahun: 1995 
Bahasa: Melayu 
Muka Surat: xi+160 
Berat: 230g

 

Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden, 1949-1979 merupakan sebuah kajian sejarah dan analisis kritikan terhadap puisi Melayu moden yang menyeluruh serta mendalam. Puisi Melayu moden muncul secara jelas pada awal tahun 30-an, kini mengisi sejarah perkembangannya yang telah menjangkau usia lebih secengah abad. Namun demikian, kajian khusus terhadap penulisan kritikan puisi yang dihasilkan selama itu, belum pernah dibukukan. Memikirkan perbincangan buku ini menumpukan perhatian kepada kritikan puisi Melayu moden, maka pembicaraannya dimulai dengan definisi dan fungsi kritikan kesusasteraan agar pembaca mendapat gambaran yang dasar, apa yang dimaksudkan kritikan dalam penulisan, aspek-aspek yang menjadi bidang perbahasan pengkritik, dan yang penting sekali tujuan, wawasan, dan arah haluan penulisan kritikan itu sendiri.

 

Titik tolak kajian atau pembicaraan tentang sejarah kemunculan penulisan kritikan kesusasteraan di Malaysia didasari dengan sepintas lalu genre cerpen dan novel sehingga akhir tahun 40-an, iaitu tahun penulisan kritikan puisi Melayu moden atau sajak mula menapak. Kemudian, pembicaraan menjurus kepada tulisan-tulisan kritikan puisi Melayu moden yang pernah menghiasi ruangan media akhbar dan majalah bagi tempoh dua puluh tahun, iaitu 1950-1970 yang menjadi bidang kajian utama.

 

Pemilihan tempoh tersebut didasarkan kepada pertama, penulisan kritikan puisi Melayu moden menemui bentuk dan sifat kritikan yang sajak yang mencapai puncak perkembangannya yang pertama. Kajian ini berakhir setakat 1979 dengan alasan tahun 70-an merupakan tahuntahun perkembangan penulisan kritikan sajak lebih bermakna. Ini berlaku dengan kemunculan kegiatan penulisan pengkritik-pengkritik lebih menumpukan kepada kritikan kesusasteraan sebagai suatu disiplin ilmu. Kedua, jangka masa 1950-1979 juga muncul tokoh-tokoh penyair yang karyanya menjadi tumpuan penelitian para pengkritik.

 

Tempoh yang dipilih dengan alasan-alasan tadi, ternyata meliputi jangka masa yang panjang, iaitu selama 30 tahun. Dengan itu, kajian hasil penulisan kritikan puisi Melayu moden ini, dibahagikan kepada tempoh masa berikut: (i) Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 50-an, (ii) Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 60-an, dan (iii) Kritikan Puisi Melayu Moden Tahun 70-an.

 

Melalui pembahagian ini, penelitian terperinci peringkat-peringkat perkembangan kritikan puisi Melayu moden akan dilaksanakan. Ini merangkumi jumlah tulisan kritikan dan perkembangan aspek-aspek penulisan kritikan itu sendiri, dengan tujuan untuk mengetengahkan sejauh mana perkembangan kegiatan pembinaan dan kesedaran masyarakat terhadap kesusasteraan mempengaruhi hasil-hasil penulisan kritikan puisi Melayu moden. Selain itu, ia juga memaparkan perkembangan pendekatan-pendekatan kritikan yang digunakan oleh para pengkritik.

 

Bagi mencapai tujuan tersebut, maka dalam tempoh masa tertentu, dicatatkan jumlah tulisan kritikan puisi Melayu moden. Dan juga pengkritik-pengkritik yang dianggap produktif dalam setiap tempoh masa itu. Berikutnya, dilakukan penganalisisan terhadap tulisan-tulisan kritikan dengan mengemukakan beberapa contoh. Dalam penganalisisan itu, pendekatan-pendekatan kritikan yang digunakan oleh para pengkritik turut diberikan perhatian.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More