Price | RM35.00 |
Product SKU | 9789672158905 |
Brand | ABIM |
Reward Points | 35 |
Points Needed | 7000 |
Availability | Out Of Stock |
Citra Maqasid al-Shariah: Dari Kelahiran hingga Kebangkitan - Kulit lembut
Penulis: Marwan Bukhari A. Hamid
ISBN: 9789672158905
Penerbit: ABIM
Bahasa: Melayu
Tahun: 2021
Bil. Muka surat: 266
Berat: 446 g
Sejarah kelahiran sesuatu ilmu itu perlu difahami dengan jelas sebelum meneroka ke peringkat yang lebih tinggi di dalam ilmu tersebut. Buku yang dihasilkan ini adalah usaha murni penulis untuk merungkai beberapa persoalan dan memberi pencerahan baharu berkaitan sejarah perkembangan ilmu Maqasid al-Shari'ah dari kelahirannya sehingga kini. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dikurniakan ganjaran yang sebaiknya kepada penulis.
- Prof. Madya Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
*******
Karya Maqasid al-Shari'ah Kontemporari ini mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Ia menyajikan perbincangan dan wacana Maqasid al-Shari'ah yang segar dan dinamik dengan menelusuri sejarah perkembangan disiplin ilmu Maqasid secara komprehensif, menyeluruh dan terkini. Lebih menarik ia memberikan pencerahan secara tuntas dan mendalam prinsip al-Ta'lil, al-Istislah dan Ma'alat al-Af'al yang sememangnya sangat penting untuk memahami dinamika ilmu Maqasid al-Shari'ah itu sendiri. Wacana Maqasid al-Shari'ah yang diketengahkan dalam buku ini juga menonjolkan peranan ilmu Maqasid al-Shari'ah bukan sahaja dari aspek fiqh tetapi aplikasinya dalam konteks pemikiran.
- Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan
Timbalan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.