Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM36.00
Nilai Melayu dalam Pantun
Price RM36.00
Product SKU 9789833759774
Brand Penerbit UPSI
Size (L x W x H) 25 cm x 20 cm x 2 cm
Availability 1
Quantity
Description

Nilai Melayu dalam Pantun - Kulit Lembut

 

Penulis/Penterjemah: Mohd Rashid Md Idris
ISBN: 9789833759774
Penerbit: Penerbit UPSI
Tahun: 2011
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 255
Berat: 402 g

 

Buku ini membincangkan kajian bahasa dan sudut fungsionalnya, lantas dianalisis fungsi bahasa menerusi teks kajian, iaitu Kumpulan Pantun Melayu (1983). Bahasa amat berhubung erat dengan pemikiran. Lantas, dikemukakan Teori Falsafah Bahasa (Mohd Rashid Md Idris, 2007) yang mengetengahkan tiga prinsip dalam memastikan fungsi bahasa dimanfaatkan. Pertama, perlunya kita berbahasa menurut nahu bahasa tersebut demi mencapai objektifnya. Kedua, perlu juga kita berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang betul. Ketiga, wajar sekali kita berbahasa untuk tujuan ibadah. Dengar demikian, kita telah melakukan yang terbaik dalam kegiatan berbahasa. Dengan aplikasi Teori Falsafah Bahasa, perbincangan selanjutnya terhadap nilai, Melayu dalam pantun yang merangkumi (i) nilai keindahan bahasa Melayu, (ii) nilai kebijaksanaan Melayu, dan (iii) nilai budiman. Dapatan pertama tentang nilai keindahan bahasa diperbahaskan dan aspek fizikal dan spiritual. Aspek kedua pula berhubung nilai kebijaksanaan orang Melayu yang terlihat dalam hampir semua kegiatan hidup mereka. Hal ini dirakamkan dalam tujuh kategori nilai kebijaksanaan, iaitu ketika mendidik; ketika beninteraksi sesama pemantun; ketika berinteraksi dengan alam; ketika bekerja; ketika memimpin; ketika berubat; dan termasuk ketika berhibur. Seterusnya dibincangkan nilai manusia budiman yang menjurus kepada nilai-nilai anjuran dan tegahan. Didapati bahawa nilai-nilai Melayu amat sinonim dengan konsep manusia budiman, maka diperoleh lima nilai anjuran, iaitu budi bahasa; budi pekerti; budi bicara; hati budi; dan akal budi. Akhirnya diketengahkan satu rumusan yang komprehensif menjurus kepada nilai kejayaan (aI-falah) acuan Melayu yang diharapkan adalah hasil gagasan idea daripada Teori Falsafah Bahasa yang menekankan kepada tiga prinsip asas dalam urusan berbahasa demi mencapai kesempurnaannya.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More