Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM13.00
Sinar Wahyu Menembusi Pantun Falsafah Melayu
Price RM13.00
Product SKU 9789830994628
Brand Al-Hidayah Publication
Availability Out Of Stock
Description

Sinar Wahyu Menembusi Pantun Falsafah Melayu - kulit lembut


Pengarang: Abdullah Al-Qari Hj. Salleh 
ISBN: 9789830994628
Penerbit: Al-Hidayah Publication
Tahun: 2002
Bahasa: Melayu 
Muka Surat: 209
Berat: 256 g

 

Dalam perkembangan puisi Melayu Nusantara, pantun merupakan satu-satunya puisi yang mendapat tempat dan lebih  diminati, baik dalam bahasa lisan mahupun dalam bahasa tulisan. Pantun ini akan lebih bermakna bila bercampur dengan falsafah dan nikmat, iaitu ilmu dan kebijaksanaan kemudian ditambah dengan unsur Islam dan akhlak yang utama. Sehingga dapat membentuk watak dan keperibadian bangsa. 

 

Suatu perkara yang menarik perhatian bahawa pantun Melayu ini banyak berisikan peribahasa, selalu disebut bahkan dipergunakan dalam kehidupan. Perbendaharaan pantun Melayu juga berintikan kata-kata orang tua atau petua yang berisikan hikmah, bermutu dan berfalsafah. Perungkapannya merupakan kata-kata yang indah dipancarkan dengan sinar wahyu atau ayat-ayat suci Al Quran.

 

Semoga buku ini bermanfaat bagi pembaca dalam menambahkan pengetahuan tentang ilmu hikmah dan peribahasa, sekaligus dapat membina keperibadian yang mulia. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More