Kajian Bahasa dan Terjemahan - kulit lembut
Penyunting: Zubaidah Ibrahim, Abdul Rahim Mat Yassim & Supramani Shoniah
ISBN: 9789831004319
Penerbit: Penerbit UM
Tahun: 2006
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 171
Berat: 290g
Buku ini memaparkan isu-isu dalam terjemahan yang timbul bukan sahaja secara langsung daripada proses dan dapatan hasil penyelidikan, tetapi juga pengalaman pengajaran. Jelas ditunjukkan dalam buku ini bahawa kajian bahasa dan linguistik amat berkaitan dengan kajian terjemahan, dari pelbagai segi sama ada kajian istilah dan pembentukan perkataan, kajian teks dan wacana, makna, budaya, komunikasi, teknologi dan sains komputer. Banyak yang telah ditulis tentang bidang terjemahan oleh sarjana-sarjana bahasa, begitu juga kajian terjemahan telah banyak memperkaya teori-teori bahasa. Amat diharap supaya ahli-ahli akademik, penyelidik, mahasiswa dan mahasiswi bidang terjemahan, serta pengamal terjemahan yang peka terhadap bahasa akan mendapat faedah daripada perbincangan dalam buku ini dan menerapkan kefahaman yang diperoleh dalam penyelidikan, pengajaran dan penterjemahan.