Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM20.00
Petunjuk Mudah Memahami Ilmu Nahu
Price RM20.00
Product SKU 9789675407321
Brand Pustaka Haji Abdul Majid
Reward Points 20
Points Needed 4000
Availability 5
Quantity
Description

Petunjuk Mudah Memahami Ilmu Nahu - Kulit lembut

 

Pengarang: Abu Abdullah Bin Muhammad Bin Daud al-Sanhaajiy 
Penterjemah: Muhammad Fahmi bin Abd Jalil
ISBN: 9789675407321
Penerbit: Pustaka Haji Abdul Majid
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 156
Berat: 364 g

 

Ilmu nahu ialah ilmu tatabahasa Arab untuk mengetahui keadaan perkataan bahasa Arab dalam struktur ayat dari segi hukum i'rab dan bina perkataan tersebut.

 

Ilmu nahu telah diperkenalkan dan disusun oleh Abu al-Aswad al-Dualiy dengan arahan Saidina Ali bin Abi Talib R.A pertengahan kurun ke 2 Hijrah. Kemunculan ilmu nahu adalah kesan daripada pembukaan wilayah Islam dengan meluas, maka orang-orang Arab telah mula bercampur gaul dengan masyarakat luar yang bukan Arab. Hasil daripada percampuran tersebut, terjadilah kesalahan tatabahasa dalam pertuturan bahasa Arab. Penguasaan perubahan baris akhir perkataan yang merupakan keistimewaan bahasa Arab semakin lemah. Para ulama berasa bimbang melihat pencemaran bahasa yang ketara di kalangan masyarakat, lebih membimbangkan lagi jika pencemaran ini menyerap sehingga ke dalam al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W.

 

Faedah mempelajari ilmu nahu dapat memperbetulkan pertuturan atau ucapan dalam bahasa Arab daripada berlaku kesilapan. Ilmu nahu sangat besar peranannya dalam memahami Al-Quran dan Hadith yang merupakan sumber rujukan hukum perundangan Islam dengan makna kefahaman yang tepat. Ilmu nahu juga dapat membantu menyelesaikan masalah dalam memahami maksud yang kesamaran dalam bahasa Arab.

 

Ilmu nahu merupakan satu cabang ilmu yang sangat besar peranannya dalam bahasa Arab dan kita sebagai umat Islam mempelajari bahasa Arab satu kemestian seperti mana Saidina Umar R.A pernah berpesan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More