SELAMAT HARI MERDEKA KE-64 BUAT RAKYAT MALAYSIA! KAMI BEROPERASI PADA 31 OGOS 2021 KECUALI PENGEPOSAN PESANAN ATAS TALIAN.
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
Our Courier Partner -> West Malaysia: J&T Express | East Malaysia: Poslaju/J&T Express | International Shipping: DHL E-Commerce/Express
RM25.00
Konteks Sastera & Budaya Melayu
Price RM25.00
Product SKU 9789831954140
Brand Karisma Publications
Availability 3
Quantity
Description

Konteks Sastera & Budaya Melayu


Pengarang: Maniyamin Ibrahim
Penerbit: Karisma Publications Sdn Bhd

Format: Kulit lembut
Tahun: 2009
Bahasa: Melayu
Halaman: 272
Berat:  390 g

 

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama berkenaan perihal kesusasteraan (Bab 1). Usaha mengecilkan fungsi bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu terkandung dalam Bab 2, kehilangan cinta sejati kerana keterpesonaan individu terhadap modenisasi hingga tokohnya hilang jiwa dan kejatian diri (Bab 3), konsep seni Melayu yang semakin hilang pengamal dan khalayak (Bab 6), dan kehilangan moral dan keintelektualan dek pengisian kuasa, perut dan bawah perut (Bab 7). Manakala dalam Bab 1, 4, dan 5 adalah berkenaan usaha generasi kedua dan ketiga pascamerdeka bangkit mencitrai diri sebagai pengarang beridealisme. Mereka adalah sekelompok kecil generasi yang mencari akar bangsa yang hilang dalam genggaman bangsanya sendiri.

 

Dalam bahagian kedua pula berkenaan perihal budaya. Konsep kejadian alam bagi orang Melayu yang dinafikan oleh sesetengah pihak (Bab 1), konsep individu dalam sosiobudaya Melayu yang semakin kecil peranannya (Bab 2), ciri-ciri rumah Melayu yang semakin sukar dicari (Bab 3), sistem nilai Melayu yang semakin bercelaru (Bab 4), keindahan seni Melayu yang kian terpadam (Bab 5), peranan penaung terhadap seni Melayu yang bertukar milik dan mengecil fungsi (Bab 6) dan konsep seni bina masjid yang semakin tidak diketahui oleh generasi (Bab 7). Buku ini berusaha menggali kesarjanaan silam bangsa. Walaupun tidak menyeluruh, namun ia diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan berguna kepada generasi yang mencari akar bangsa.

 

Author

Maniyamin bin Haji Ibrahim mendapat pendidikan awal di SK Tok Kah dan SMK Tg. Intan Zaharah, Dungun. Berkelulusan Sijil Perguruan Asas (1989, IPSI); Sijil Perguruan Khas (1994, IPBMM), Diploma Pengajian Tinggi (1995, IPBMM), Diploma Falsafah Sains Islam (1993, ISISn), Ijazah Sarjana Muda Sastera Kelas Pertama (1999, UM) dan Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (2000, UM).

 

Terlibat sebagai pemakalah di banyak persidangan dan majlis berkaitan sastera dan pendidikan antaranya Wacana Sastera 1 (2000, Rumah Pena, Kuala Lumpur), Seminar Pedagogi Sastera  (2001, Hotel Quality, Kuala Lumpur), Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-IX (2002, Hotel Cititel, Pulau Pinang), dan lain-lain lagi. Antara buku yang dihasilkan ialah Cermin (1987), Menimba Laut (1996), Di Rumah Wiramal (2003), Peta Perjalanan (2006), dan Elipsis (2008).

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More