Price | RM80.00 |
Product SKU | 9789671549773 |
Brand | IBDE |
Reward Points | 80 |
Points Needed | 16000 |
Availability | 6 |
Quantity |
|
Ladang Kebebasan: Pengalaman Amerika - Kulit Keras
Penulis: James MacGregor Burns
Penterjemahan: The Vineyard of Liberty
ISBN: 9789671549773
Penerbit: IBDE
Tahun: 2017
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka Surat: 833
Berat: 1050 g
Buku ini adalah jilid pertama daripada tiga jilid sejarah Amerika Syarikat yang ditulis oleh James MacGregor Burns dalam siri The American Experiment, meliputi tempoh awal pembentukan Perlembagaan tahun 1787 sehingga waktu Presiden Lincoln menandatangani Perisytiharan Pembebasan tahun 1863. Ladang Kebebasan menjelaskan bagaimana ideal di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan Amerika Syarikat digugat oleh realiti sepak-terajang politik yang licik dan rumit.
Biodata Pengarang
James MacGregor Burns merupakan antara sarjana dan penulis biografi Amerika yang paling terkenal. Pemegang ijazah Ph.D dari Universiti Harvard ini merupakan anggota Jabatan Sains Politik di Williams College, Massachusetts, sejak tahun 1941 profesor dalam bidang sains politik sejak tahun 1953. Antara karyanya yang lain ialah Roosevelt: The Lion and The Fox (1956), John Kennedy: A Political Profile (1960) dan Roosevelt: The Soldier of Freedom (1970), karya yang meraih dua hadiah bergensi sekaligus, iaitu Pullitzer Prize dan National Book Award.