Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM12.00
Kemerosotan Ummat Islam Dan Upaya Pembangkitannya
Price RM12.00
Product SKU PUS0044
Brand Indonesia
Reward Points 12
Points Needed 2400
Availability Out Of Stock
Description

Kemerosotan Ummat Islam Dan Upaya Pembangkitannya - Kulit Lembut

Pengarang: Abul A‘la Maududi 
Penerbit: Penerbit Pustaka
ISBN: -
Tahun: 1984
Bil Muka surat: 82
Berat: 69g

Mengapa kita dijajah? Apakah asas kebudayaan Barat? Adakah saki baki kebudayaan colonial di Negara-negara Muslim? Bagaimana Reaksi kita terhadap serangan Budaya Barat? Apa reaksi kita pada penjajahan ini? Merangkul, melawan atau diam? Melakukan sesuatu, sudahkah kita punya rencana? Apa itu? Caranya? Mengapa kita mengalami malapetaka dunia islam yang bukan sahaja mundur, tapi juga hampir hancur? Dimana salahnya? Kalau bukan kerana dosa-dosa kita. Lalu apa? Apakah kerana salah jalan? Atau terlampau banyak keburukan kita? Atau kejahatan?

Untuk menjawab persoalan di atas, Abul A‘la Maududi telah menyiapkan satu risalah yang bertajuk ‘‘Waqi‘ al-Muslimin wa Sabil al-Nuhu? Bihim’’ dan diterjemahkan menjadi buku ‘‘Kemerosotan Ummat Islam dan Upaya Pembangkitannya’’ Asal risalah ini sebenarnya merupakan siri kuliah yang disampaikan oleh Abul A‘la Maududi kepada murid-muridnya, lalu kemudian sebahagian murid beliau menuliskannya, lalu menyerahkannya kepada beliau untuk melakukan semakan sebelum diterbitkan.

Dalam karya ini, beliau menganalisa punca kerosakan peradaban mulia Islam, iaitu kerana pemeluknya hanya mengamalkan kulitnya sahaja, tanpa menyentuh isi atau intipatinya. Ibadah ukhrawi tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh, sementara penguasaan dunianya berdasarkan pada syahwat dan hasrat yang rendah.
Formula yang ditawarkan untuk menyembuhkan penyakit ini sebenarnya sederhana, Maududi menawarkan agar umat islam taat pada asas keislamannya. Berusaha keras. Apapun yang dilakukan, bukan berdasarkan hitungan untung rugi atau untuk kepentingan peribadi, golongan, politik, mahupun kekuasaan. Semua kaum Muslimin perlu memiliki keinginan untuk berperan menciptakan perubahan mendasar pada kehidupan yang rosak dan buruk ini.

Beliau menulis, “Kami tidak akan berhenti, meski sejenak, untuk memperbaiki keadaan, menyadarkan pikiran, mengembalikan Islam sebagai tujuan kehidupan. Sebelum berbuat sesuatu, beliau bertanya pada kita: adakah kita sudah mengerti atau tidak permasalahannya? Dimana akarnya? Apa puncanya?”

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More