Price | RM45.90 |
Product SKU | 9789672278115 |
Brand | Hijjaz Records Publishing |
Points Needed | 9180 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Ensiklopedia Sejarah Turki Jilid 3: Membongkar Sejarah Ancaman Sekularisme dan Proses Islamisasi di Turki Moden - Kulit Lembut
Pengarang: Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah
ISBN: 978-967-2278-11-5
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Mukasurat: 319
Berat:
Dalam jilid 3 yang menumpukan perbahatian kepada zaman moden Turki, ia bermula dengan ancaman penjajahan Barat yang memperkenalkan sistem sekular di wilayah Mesir dan seterusnya di Turki sendiri. Pada peringkat awalnya, proses pembaratan berlaku melalui program Nizam-i Jedid oleh Sultan Selim III, dan diikuti oleh program Tanzimat pada zaman Sultan Abdul Mejid. Sedangkan di kalangan tokoh-tokoh politik, proses pembaratan dijalankan oleh gerakan Uthmani Muda dan gerakan Turki Muda. Selepas perkembangan awal ini barulah muncul proses sekularisasi sepenuhnya oleh proksi Barat, Mustafa Kemal Ataturk, sehingga menghancur-luluhkan seluruh warisan Islam Turki sebelumnya.
Bagaimanapun legasi agung dari tradisi Turki Uthmaniyah masih hidup melalui gerakan ulama sufi dari semasa ke semasa yang mencapai kemuncaknya di tangan Badiuzzaman Said Nursi serta Syeikh Mustafa Sabri. Dan yang lebih penting dari itu ialah melalui gerakan politik Islam yang dipelopori oleh Adnan Menderes. Walaupun beliau terpilih sebagai Perdana Menteri pertama yang dipilih secara demokratik, tetapi segera pula dihapuskan oleh tentera pro-Kemalisme. Selepas itu muncul pula Dr Necmettin Erbakan yang walaupun terpilih sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali secara demokratik, juga dirampas kuasanya oleh tentera pro-Kemalisme. Akhirnya muncul Recep Tayyib Erdogan yang berjaya menjadi Perdana Menteri sejak tahun 2003 dan seterusnya sebagai Presiden Turki hingga 2023. Di samping gerakan politik, Turki juga melalui proses sosialisasi tokoh-tokoh kontroversi seperti Harun Yahya dan Fethullah Gulen.