Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM30.00
Wacana Pemikiran Islam
Price RM30.00
Product SKU 9789671780312
Brand Local Publishers
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 10
Quantity
Description

Wacana Pemikiran Islam - Kulit Lembut


Penulis: Syed Shahriman Syed Ali
ISBN: 9789671780312
Penerbit: Toko Buku Azbakia
Tahun: 2021
Bil. Muka surat: 145
Berat: 285 g


Bidang pemikiran Islam adalah sebuah lapangan yang terbentang luas. Cakupan wacana dan perbincangannya juga luas dan telah merentasi garis masa yang panjang sejak kemunculan Islam lebih 1400 tahun yang lalu. Keluasan bidang dan lapangan ini menandakan betapa pemikiran Islam berupaya menanggapi pelbagai persoalan dan permasalahan di samping menyediakan resolusi dan penyelesaian bagi keperluan umat sejagat.

 

Oleh kerana luasnya cakupan perbahasan dalam pemikiran Islam, sebuah buku pasti tidak mampu menampung segenap perbahasan berkait pemikiran Islam. Apa yang dapat dilakukan ialah mewacanakan isu dan cabaran yang dihadapi umat Islam secara terpilih sekira-kira mampu memberi pencerahan minda, mengukuhkan pegangan dan meleraikan kekeliruan. Atas semangat dan kesedaran inilah, intisari wacana buku ini terhasil dengan menyelongkar pemikiran Islam yang dinamik bagi mengaju keprihatinan terhadap masyarakat Islam moden hari ini, dalam ruang dan batas kemampuan yang terbatas.

 

Buku ini merupakan himpunan karya penulis yang pernah diterbitkan dalam majalah Dewan Tamadun Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan pengolahan dan penyesuaian. Ia mengajak kita menekuni wacana dan perbahasan dalam pelbagai aspek pemikiran Islam seperti ilmu pengetahuan, fiqah, falsafah Islam, kalam, ideologi, al-Quran, hadis dan sebagainya. Turut diperbahaskan, beberapa tokoh pemikir yang menatang gagasan pemikiran Islam yang sudah pasti menjadi penyumbang kepada kekayaan wacana ini. Buku ini sesuai ditatapi oleh segenap masyarakat khususnya mereka yang meminati wacana pemikiran Islam.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More