Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM45.00
Manusia dan Alam Tabii
Price RM45.00
Product SKU 9789672672319
Brand IBDE
Reward Points 45
Points Needed 9000
Availability 9
Quantity
Description

Manusia dan Alam Tabii: Kemelut Ruhani Manusia Moden  - Kulit keras 

 

Pengarang: Seyyed Hossein Nasr 
Penterjemah: Khairul Anam
Penyunting: Alina Abdullah
ISBN: 9789672672319 
Penerbit: Inisiatif Buku Darul Ehsan 
Tahun: 2022 
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 164
Berat: 330g

 

Buku oleh salah seorang pemikir Islam terulung di dunia ini meneroka hubungan antara manusia dan alam tabii menurut pandangan pelbagai tradisi agama, terutama dari sudut pandang Tasawuf. Pengarang buku ini menegaskan peri penting kesedaran yang mendalam tentang asal-usul manusia dan alam tabii sebagai cara untuk mengatasi ketidakseimbangan yang menghasilkan pelbagai krisis dunia semasa.

 

Buku Manusia dan Alam Tabii: Kemelut Ruhani Manusia Moden membicarakan secara rinci hubungan manusia dan alam. Sepertinya buku ini hadir pada waktu yang tepat. Ketika kita berdepan dengan bermacam kegetiran seperti banjir, tanah runtuh, puting beliung akibat perubahan alam yang mendadak dan menakutkan.

 

Barangkali buku ini boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan yang terbit daripada ketidakfahaman kepada perubahan alam yang berlaku dan hubungannya dengan ruhani manusia.

 

Penulis

Seyyed Hossein Nasr dilahirkan di Tehran dalam keluarga berketurunan sarjana dan tabib. Setelah menerima pendidikan awal di Iran, dia berhijrah ke Amerika demi mengaji ilmu fizik serta sejarah keilmuan dan falsafah di Institut Teknologi Massachusetts seterusnya Universiti Harvard tempat dia menerima ijazah kedoktorannya.

 

Seyyed Hossein Nasr merupakan profesor di Universiti Tehran serta pengasas merangkap pengerusi pertama Akademi Falsafah Iran. Sekarang, dia adalah Profesor Pengajian Islam di Universiti George Washington. Beliau seorang tokoh berpengaruh dan disenaraikan dalam 500 Muslim Berpengaruh Di Dunia 2022. Merupakan satu-satunya sarjana Muslim yang disenaraikan dalam Library of Living Philosophers. 
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More