Price | RM25.00 |
Product SKU | 9789672007340 |
Brand | Ilhambooks |
Reward Points | 25 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Interaksi dengan Bukan Muslim dari Perspektif Sunnah dan Keindahan Agama Islam - Kulit lembut
Pengarang: Shaykh Abdullah Bin Abd Al-Aziz Al-Jibreen
ISBN: 9789672007340
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 95
Berat: 160 g
“Interaksi Dengan Bukan Muslim Dari Perspektif Sunnah dan Keindahan Agama Islam” adalah satu kajian yang sangat baik dan berjaya memberikan panduan yang meliputi beberapa aspek penting mengenai isu ini. Ia mempamerkan keindahan sebenar agama dalam hubungan interaksi dengan bukan Muslim. Kajian ini boleh dijadikan asas dalam membincangkan beberapa aspek penting dalam interaksi dengan bukan Muslim. Ia boleh dikembangkan lagi untuk memberikan solusi kepada pelbagai permasalahan dakwah sesuai dengan realiti negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk.
Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah (Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia & Pengerusi Hidayah Centre Foundation - HCF)
Islam telah menggariskan beberapa panduan mengenai bagaimana cara terbaik berinteraksi dengan bukan Muslim supaya kita dapat mengekalkan keharmonian yang ada seterusnya memudahkan pelbagai usaha dakwah. Justeru, buku “Interaksi Dengan Bukan Muslim Dari Perspektif Sunnah dan Keindahan Agama Islam” ini mengandungi asas-asas dan panduan yang penting untuk kita berinteraksi dengan bukan Muslim seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.
Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz (Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - YADIM)