Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM80.00
Islam dan Sekularisme - Kulit Keras
Price RM80.00
Product SKU 9789671471883
Brand CASIS-HAKIM
Reward Points 80
Points Needed 16000
Availability Out Of Stock
Description
Highlight

Description

Islam dan Sekularisme Cet. Kedua - Kulit keras, sampul

 

Pengarang: Syed Muhammad Naquib al-Attas
Penterjemah: Khalif Muammar A. Harris
Pengenalan: Wan Mohd Nor Wan Daud
Penerbit: RZS-CASIS & HAKIM
Tahun: 2021 (Cetakan ke-2)
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil. Muka Surat: 236
Berat: 445g

 

Islam dan Sekularisme karya Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kulli, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincang dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. PEndekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang menggagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah apabila merencanakan perubahan kerikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategik mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islam sedunia... Kerap kali saya tegaskan bahawa tilikan dan perjuangan pembaharuan keilmuan Islam al-Attas bersifat pergerakan teguh (dynamic stabilism) berbanding golongan modernis dan pasca-modernis yang giat bergerak merubah setiap perkara yang dianggap berlawanan dengan tuntutan masa kini yang kini dipacu oleh aliran sekularisasi. Selepas hampur satu kurun gerakan ini telah menimbulkan banyak perubahan tapi tidak juga berjaya memajukan umat setanding dengan Barat. Pergerakan teguh juga berbeza dengan gerakan tradisionalis dan konservatif yang gigih mempertahankan segala pemikiran dan institusi warisan tanpa mengambil-kira keperluan perubahan yang sah sehingga menimbulkan kejumudan yang merugikan. Pemikiran al-Attas meneguhkan kembalik pandangan alam Islam yang disepakati para leluhur agung sekian lama, serta mengukuhkan keyakinan kepada struktur dan dasar akhlak dan perundangannya dalam menghadapi cabaran-cabaran masa kini. Ini dilakukan dengan penuh wibawa keilmuan, tegas da berdaya cipta dengan memahami unsur-unsur kekal (al-Thawābit) dan berubah (al-mutaghayyirāt) dalam tradisi Islam dan dalam tradisi moden, dan berani bertindak sepatutnya mengikuti darjatnya masing-masing.

 

Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
Penyandang Kursi
Teristimewa Pemikiran Islam
Syed Muhammad Naquib al-Attas

 

Content

Pengantar Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
    Islam dan Sekularisme: Suatu Karya Agung Kullī


Catatan Pengarang
Pengantar Cetakan Kedua

 

I.   Latar Belakang Kristian Barat Masa Kini
II.  Sekular - Sekularisasi -Sekularisme
III. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak
IV.  Dilema Muslim
V.   Dewesternisasi Ilmu
    Pendahuluan
    Hakikat Manusia
    Hakikat Ilmu
    Definisi dan Tujuan Pendidikan
    Sistem Aturan dan Disiplin Islam
    Penutup dan Saranan

 

Tentang Islamisasi:
    Perihal Kepulauan Melayu-Indonesia

 

Daftar Indeks Umum
Daftar Indeks Nama

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box
You Might Like These Too:More