Price | RM25.00 |
Product SKU | 1678350438413 |
Brand | Baytul Hikma |
Size (L x W x H) | 25 cm x 20 cm x 1 cm |
Reward Points | 25 |
Points Needed | 5000 |
Availability | Out Of Stock |
Pusaka Melayu Abdullah Munsyi - Kulit lembut
Pengarang: Abdullah Munsyi
Transliterasi: Arsyad Mokhtar
ISBN: -
Penerbit: Baytul Hikma
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Muka Surat:
Berat: 142g
Pada menyatakan asal keturunan raja-raja Melayu yang telah diringkaskan daripada kitab "Sejarah Melayu", disertakan juga "Syair Cinta Berahi" dan beberapa pucuk surat.
Sejarah Melaka menjadi satu topik penting bagi Alam Melayu, khususnya Malaysia. Namun, topik yang sangat penting ini masih belum selesai sehingga ke hari ini.
Para ilmuwan dan sejarawan, masing-masing tidak bersepakat dalam menentukan tarikh pembukaan Kota Melaka. Antara faktor utama bagi hal tersebut ialah kecenderungan untuk mempercayai sumber tertentu berbanding sumber yang lain.
Namun, memang menjadi tabi'at ilmu sejarah itu sendiri yang sukar untuk mencapai suatu fakta yang mutlak yang tiada langsung keraguan padanya. Bagaimana sekalipun, usaha pengkajian perlulah diteruskan kerana, jika takdapat semua, janganlah pula ditinggalkan semua.
Kali ini Baytul Hikma ingin mempersembahkan satu lagi sumber sejarah yang boleh dijadikan rujukan dalam menentukan tarikh pembukaan Kota Melaka, iaitu sebuah karya Abdullah Munsyi mengenai asal-usul keturunan Raja-Raja Melayu yang beliau ringkaskan daripada kitab "Sejarah Melayu". Kami namakannya "Pusaka Melayu".