Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM33.00
Pedagang Melayu di Sulawesi Selatan
Price RM33.00
Product SKU 9789834922597
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 33
Points Needed 6600
Availability 2
Quantity
Description

Pedagang Melayu di Sulawesi Selatan - kulit lembut


Penulis: Amrullah Amir, Nordin Hussin
ISBN: 9789834922597
Tahun: 2019
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahasa: Malay
Muka Surat: 380
Berat: 455g


Buku ini membincangkan sejarah masyarakat pedagang Melayu yang telah berhijrah dan menetap di bandar Pelabuhan Makassar dan bermastautin di beberapa wilayah Sulawesi selatan bermula setelah Melaka ditakluki oleh Portugis dan sebahagian para pedagang Melayu telah berhijrah ke beberapa kerajaan tempatan, seperti Siang, Sandrabone, Gowa dan Tanete. Kerajaan tempatan di Sulawesi Selatan ini menerima kehadiran mereka dan membenarkan mereka menetap di sini. Hal ini seterusnya memberikan impak yang besar kepada sejarah sosial dan ekonomi serta landskap politik di wilayah ini. Masyarakat Melayu yang berhijrah ini masih meneruskan kemahirannya sebagai pedagang dan sebahagian daripada mereka menjadi pegawai pentadbir, seperti syahbandar, guru, jurutulis dan pendakwah serta Pendakwa Raya di mahkamah pentadiran kolonial Belanda. Komuniti Melayu yang menetap di wilayah ini menjadi sebahagian daripada unsur penting kepada perubahan landskap sosioekonomi dan politik tempatan serta mempunyai impak yang besar dari segi pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan. Penulisan ini menggunakan sepenuhnya sumber arkib Belanda dan tempatan serta berjaya membongkar sejarah masyarakat Melayu di wilayah ini. Walaupun bangsawan Sulawesi Selatan sangat menjaga kemurnian keturunannya, tetapi hubungan keakraban yang terjalin lama telah mewujudkan kelompok Melayu-Bugis-Makassar. Bangsawan campuran Melayu-Bugis-Makassar ini juga kemudian telah memainkan peranan penting sebagai pemerintah dan elit baharu serta menguasai jawatan dalam kerajaan yang sebelum ini dikuasai oleh Belanda serta berjaya menyerap ke dalam sistem pentadbiran kolonial Belanda. Oleh itu, kuasa dan identiti mereka telah berubah semasa pentadbiran Belanda yang mengutamakan pendidikan moden sehingga menjadikan mereka elit baharu dalam sejarah Sulawesi Selatan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More