Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM25.00
Sejarah Bani Israel
Price RM25.00
Product SKU 9789671465264
Brand Akademi Kajian Ketamadunan
Reward Points 25
Points Needed 5000
Availability 1
Quantity
Description

Sejarah Bani Israel - Kulit lembut


Pengarang: Ghazali Basri
ISBN: 9789671465264
Penerbit: Akademi Kajian Ketamadunan 
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu 
Muka Surat: 166 
Berat: 260g

 

Sejarah bani Israel sebenarnya ialah sejarah keluarga Nabi Yaʻqub dengan dua belas orang anak laki-laki dan mereka melahirkan zuriat dua belas puak bani Israel. Al-Qur’ān menyebutnya sebagai al-asbāt (QS al-Baqarah [2]: 136, 140). Sebutan bani Israel dalam al-Qur’ān adalah sebanyak 43 kali, hal sedemikian memperlihatkan beberapa keistimewaan. Paling utama ialah fungsi al-Qur’ān memperbetul fakta, memperjelas naratif peristiwa di samping memperlihatkan keserasian apa yang terdapat dalam Perjanjian Lama. Menyedari bahawa Perjanjian Lama pada asalnya bersumberkan Taurat Nabi Musa, justeru pada satu sisi daripadanya, didapati beberapa maklumat berfaedah, antara lain maklumat mengenai: nama anak-anak dan nama isteri para nabi, tentang usia mereka yang al-Qur’ān tidak menyebutkannya. Namun, seperti yang diketahui umum, apapun penyimpangan yang terdapat dalam Perjanjian Lama, Islam tidaklah pula menghalang sesiapa jua untuk melakukan kajian banding seperti yang diusahakan oleh penulis buku ini.

 

GHAZALI BIN BASRI (BA Hons. UM, MA. Columbia University USA, PhD. University of Aberdeen Scotland), seorang ahli akademik, penyelidik dan penulis. Pernah bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), pensyarah pelawat di Selly Oak Centre for Muslim-Christian Relations Birmingham United Kingdom, dan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Negara Brunei Darussalam. Kini, beliau adalah Pengarah Akademi Kajian Ketamadunan dan tumpuan kajian penyelidikannya mengenai hubungan antara kaum berlainan agama di Malaysia.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More