Price | RM15.00 |
Product SKU | 9789675968037 |
Brand | Jundi Resources |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | 4 |
Quantity |
|
Palestin: Daripada Perampas Jalanan kepada Peta Jalanan - Kulit lembut
Pengarang: Abdul Hadi Awang
ISBN: 9789675968037
Penerbit: Jundi Resources
Tahun: 2010
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 142
Berat: 183g
"Buku ini ditulis oleh seorang ulama gerakan Islam tersohor tanahair, yang telah puluhan tahun tidak pernah jemu untuk menyampaikan Islam yang syumul kepada masyarakat, tokoh maestro kebangkitan Islam ini juga telah mengarang lebih daripada 40 buah buku bernuansakan fikrah dan dakwah yang tersebar ke seluruh negara semenjak dekad 80an. Tuan Guru selain memimpin pertubuhan siasah dakwah terbesar di negara ini, juga disela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja, menyampaikan tazkirah dan pelbagai program. Paduan diantara ilmu dan segudang pengalaman maka lahirlah karya ini bagi menambahkan koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini.
Buku ini membicarakan persoalan penting di alaf baru ini, persoalan Palestin yang sekian lama bumi Isra' yang dijarah oleh Yahudi, bangsa terlaknat. Isu Palestin yang sentiasa bersimbah darah, penghuni Gaza yang dibantai dengan sadis oleh regim zionis dan sekutunya. Buku ini mengheret kita untuk merasai tersentuh dengan peranan dan tanggungjawab sebagai muslim terhadap bumi Isra' (Palestin), serta menguak kembali pintu sejarah susur galur bumi Palestin sehingga terbentuknya negara haram Israel semenjak 15 Mei tahun 1948."
-Riduan Mohamad Nor
(Penulis dan Pendakwah)