Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Tausug & Kesultanan Sulu
Price RM35.00
Product SKU 9789675068713
Brand Saba Islamic Media
Reward Points 35
Points Needed 7000
Availability 2
Quantity
Description

Description

 

Tausug & Kesultanan Sulu (Edisi Kedua) - kulit lembut

Pengarang: Asreemoro @ Asree Sug
ISBN: 978-967-5068-71-3
Penerbit: Saba Islamic Media
Tahun: 2013
Bahasa: Melayu
Mukasurat: 216
Berat: 611  g

 

Buku ini membedah sejarah kepulauan Sulu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Sug (Tausug) terdapat dalam catatan sejarah. Mereka ini disebut sebagai bangsa yang tidak mengenal kekalahan dan kemusnahan disebabkan keberanian mereka. Malah dalam kamus bahasa Tausug itu sendiri tidak ditemui perkataan "serah diri". Ahli sejarah barat rata-rata mengenal Tausug sebagai bangsa tidak terkalah sebagaimana yang disebut dalam buku "Never Subdued" oleh Franklin Hook. Tausug telah berperang dengan Sepanyol selama 377 tahun tanpa kekalahan, berperang dengan Amerika Syarikat selama 60 tahun tanpa berjaya ditundukkan, berperang dengan Jepun dan kemudian memerangi Filipina selepas Perang Dunia ke-II selama 40 tahun sehingga hari ini mereka masih kekal melawan.

 

Inilah satu-satunya bangsa Nusantara yang paling keras dan melawan dan degil mempertahankan Iman dan Islam yang mereka anurt dari tujahan Kristianisasi penjajah. Mereka berjaya mempertahankan wilayah kepulauan Sulu itu kekal 99% beragama Islam sehingga hari ini. Tausug terkenal sebagai bangsa pembela sehingga digelar sebagai bangsa Juramentado (penyerang berani mati) oleh Sepanyol. Siapa sebenarnya Tausug yang digelar orang Suluk @ Solok oleh orang-orang Melayu ini? Di samping memberi sejarah, buku ini juga turut menjawab persoalan berkaitan Kesultanan Sulu serta isu Pajakan Borneo Utara (Sabah).

Contents

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More