Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789831952207 |
Brand | Karisma Publications |
Size (L x W x H) | 21.5 cm x 14.5 cm x 1.5 cm |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Sejarah Sosiobudaya Melayu - Kulit lembut
Pengarang: Ishak Saat
Penerbit: Karisma Publications Sdn Bhd
ISBN: 983-195-220-0
Tahun: 2006
Mukasurat: 221 pp
Berat: 330 gram
Sejarah Sosiobudaya Melayu ini membicarakan persoalan bangsa Melayu yang telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan sejak era sebelum merdeka sehingga ke pasca merdeka. Bermula dengan sebuah Pertuanan Melayu yang bebas dan merdeka di Alam Melayu, dan kemudiannya dijajah ratusan tahun oleh silih berganti kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda, British dan juga Jepun. Tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu mulai bebas dan merdeka serta melalui sejarah tersendiri untuk terus maju ke abad 21.
Dalam arus permodenan, buku ini mengajak dan mengingatkan para pembaca supaya tidak melupakan aspek sejarah sosiobudaya yang pernah dilalui oleh Malaysia agar ia dijadikan teladan dan sempadan. Kemajuan sesebuah bangsa tu seharusnya dipelajari dari sejarah kerana kelekaan dan pengabaian sejarah silam akan menyebabkan halatuju Pertuanan Melayu mudah diganggu-gugat oleh musuh-musuh negara.