Price | RM15.00 |
Product SKU | 9789834923129 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 15 |
Points Needed | 3000 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Sejarah Melaka - Kulit lembut
Penulis: Buyong Adil
Penerbit: DBP
ISBN: 9789834923129
Tahun: 2020
Bahasa: Melayu
Bil. Muka surat: 106
Berat: 155 g
Dalam tahun 1939, iaitu semasa bertugas sebagai guru di MPSI Tanjung Malim, Buyong Adil telah menyiapkan karangan beliau yang kemudian diterbitkan dengan nama Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Sejarah Alam Melayu Penggal V. Buku-buku ini telah menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka. Bermula dari sinilah minat beliau semakin mendalam untuk mengarang.
Setelah meninggalkan dunia perguruan, beliau menumpukan perhatian sepenuh masa menulis mengenai sejarah negeri-negeri di Malaysia. Buku Sejarah Melaka ini ialah satu daripada karangannya yang menceritakan sejarah Kesultanan Melaka dari mula negeri itu dibuka oleh Raja Permaisura hinggalah tewas di tangan Portugis pada tahun 1511.
Buku-buku lain karangan beliau yang diterbitkan di bawah siri ini ialah Sejarah Perlis, Sejarah Kedah, Sejarah Perak, Sejarah Selangor, Negeri Sembilan, Sejarah Johor, Singapura, Sejarah Pahang, Sejarah Terengganu, Sejarah Sabah dan Sejarah Sarawak.