RAMADHAN PROMOTION | INSERT COUPON CODE 'RAMADAN' & ENJOY 10% ON ALL BOOKS UNDER ISLAM CATEGORY
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM30.00
Pensejarahan Patani
Price RM30.00
Product SKU 9789831003473
Brand Penerbit UM
Reward Points 30
Points Needed 6000
Availability 6
Quantity
Description

Pensejarahan Patani - kulit lembut


Penulis: Mohd. Zamberi A. Malek
ISBN: 9789831003473
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Tahun: 2006
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 229
Berat: 380g

 

Penulisan Pensejarahan Patani adalah buku bercorak historiografi tentang kajian teks sejarah Tarikh Patani dan Hikayat Patani. Buku ini terhasil dari kesedaran perlunya bahan yang bertaburan tentang Patani dikumpulkan untuk dijadikan bacaan umum. Pelbagai isu yang tercetus dewasa ini di Selatan Thai menarik perhatian mereka yang ingin menelusuri keadaan sebenar latar belakang wilayah-wilayahnya. Menyusur sejarahnya yang panjang, Selatan Thai merupakan sebahagian gugusan negeri Melayu Semenanjung yang terpisah dan terpinggir angkara kolonial British. Bekas negeri Patani yang terdiri daripada wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat diberi gambaran sebagai hanyalah kelompok masyarakat Islam-Thai di Selatan Thai dan bukannya sebagai pusat kegiatan budaya dan peradaban bangsa Melayu yang pernah mencapai kegemilangannya. Malahan daripada sumber yang diperolehi mencerminkan Patani pernah berperanan sebagai pusat kegiatan persuratan Melayu berunsur Islam yang gah dan pelopor kegiatan sastera dengan kemunculan penulis berstatus ulama yang menghasilkan kitab agama tersohor.

 

Buku ini diharap menjadi pencetus kesedaran betapa pentingnya sejarah dan pensejarahan Patani ditulis semula sejajar kemunculan pusat kegiatan persuratan yang muncul di serata Nusantara demi menghasilkan manuskrip untuk mengisi khazanah persuratan Melayu. Buku ini sebagai tatapan kepada pembaca agar mendapat gambaran betapa Patani yang dulunya pernah mengecap zaman keagungan dan kegemilangannya itu, lalu membuat perbandingan akan nasib malang yang membawa kemalapannya akibat dibelenggu penjajahan lebih seratus tahun. 
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More