RAMADHAN PROMOTION | INSERT COUPON CODE 'RAMADAN' & ENJOY 10% ON ALL BOOKS UNDER ISLAM CATEGORY
Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM50.00
Pemerintahan Beraja di Alam Melayu Merentas Zaman
Price RM50.00
Product SKU 9789834912437
Brand Dewan Bahasa dan Pustaka
Reward Points 50
Points Needed 10000
Availability 4
Quantity
Description

Pemerintahan Beraja di Alam Melayu Merentas Zaman - Kulit Lembut

Editor: Ramlah Adam
Penerbit: DBP
ISBN: 9789834912437
Tahun: 2016
Bil Muka surat: 372 
Berat: 476g

Pemerintahan Beraja di Alam Melayu Merentas Zaman menghuraikan beberapa pesoalan tentang kepentingan kepimpinan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan, negeri dan tanah jajahan takluknya. Antara persoalan itu termasuklah raja sebagai pemerintah mutlak kerajaannya dalam semua perkara, iaitu dari segi pentadbiran, kehakiman, ekonomi, kemasyarakatan, hubungan luar dan pelindung agama Islam sejak dahulu sehingga kini.

Secara keseluruhannya setiap artikel dalam buku ini membincangkan sejarah, peranan dan kepimpinan raja-raja dalam kerajaan masing-masing yang memberikan kesan dan impak kepada pemerintahan dan imej kerajaan mereka di mata dunia dan masyarakat sekelilingnya. Tindakan raja-raja itu menjadi saksi sejarah kepada tamadun yang mereka bina dan tinggalkan sebagai warisan kepada anak bangsanya. Walaupun negeri yang dibincangkan hanya beberapa buah sahaja, namun cukup menjadi bukti kepada berlakunya hubungan luar yang berat sebelah. Namun begitu, ada juga negeri Melayu yang memperlihatkan kebijaksanaan pemerintahannya dalam mengendalikan hal ehwal kerajaannya.

Penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi literatur tentang institusi raja dalam perbendaharaan ilmu warisan bangsa. Diharapkan buku ini menjadi rujukan generasi muda dalam mengendalikan penyelidikan bidang ilmu sejarah di negara ini dan menjadi pencerah kepada keraguan tentang isu-isu kepimpinan diraja dalam tamadun bangsa dan negara. Di samping itu, buku ini juga dapat dijadikan pendorong kepada penyelidikan dan penulisan yang lebih jauh sehingga dapat menghasilkan pencerahan yang lebih baik pada masa hadapan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More