Price | RM45.00 |
Product SKU | 9789839700893 |
Brand | Penerbit USM |
Reward Points | 45 |
Points Needed | 9000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Mantera Melayu: Analisis Pemikiran - kulit lembut
Penulis: Haron Daud
ISBN: 9789839700893
Penerbit: Penerbit USM
Tahun: 2001
Bahasa: Malay
Muka Surat: 348
Berat: 625 g
Buku ini adalah satu kajian dalam bidang Sosiologi Sastera. Tulisan ini berdasarkan kajian ke atas mantera yang dikumpul dari beberapa tempat dalam setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Mantera dipilih sebagai bahan kajian, bertolak daripada tanggapan bahawa mantera merupakan dokumen sosiobudaya masyarakat Melayu. Mantera-mantera itu dianalisis dengan menumpukan perhatian kepada corak pemikiran masyarakat Melayu. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mantera; pemikiran masyarakat Melayu yang terpancar melaluinya, dan kedudukan mantera itu sendiri dalam masyarakat, buku ini dipecahkan kepada tujuh bab. Bab 1 merupakan pengenalan kepada keseluruhan isi penulisan ini. Bab 2 menekankan kedudukan mantera sebagai karya sastera. Penganalisisan dalam bab 3 tertumpu kepada jenis dan fungsi mantera dalam masyarakat yang melibatkan hampir semua aspek hidup dan peringkat umur anggota masyarakat, terutama pada zaman dahulu. Bab 4 hingga 6 merupakan inti perbincangan dan penganalisisan kerana ia berkaitan dengan kedudukan mantera dalam masyarakat sehingga menjadikannya sebagai dokumen sosiobudaya. Perbincangan dalam Bab 4, antaranya mengenai penerimaan masyarakat terhadap mantera. Bab 5 khusus membicarakan penggunaan simbol dalam mantera, manakala corak pemikiran masyarakat Melayu dianalisis dalam bab 6. Segala persoalan pokok dalam buku ini dirumuskan dalam bab terakhir yang juga memuatkan beberapa kesimpulan.