Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM58.00
Majalah Melayu Selepas Perang: Editorial, Sirkulasi dan Iklan
Price RM58.00
Product SKU 9789831005583
Brand Penerbit UM
Availability 2
Quantity
Description

Majalah Melayu Selepas Perang: Editorial, Sirkulasi dan Iklan - Kulit lembut 


Penulis: Hamedi Mohd. Adnan
ISBN: 9789831005583
Penerbit: Universiti Malaya
Tahun: 2013
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 281
Berat: 465 g

 

Penerbitan majalah dapat dilakukan dengan sempurna seandainya penerbit memberikan pertimbangan yang saksama kepada tiga elemen yang menjadi tiangnya, iaitu editorial, sirkulasi, dan iklan. Kandungan editorial bertanggungjawab untuk menarik pembaca dan dengan demikian akan meningkatkan sirkulasi. Peningkatan sirkulasi pula selalunya mendorong peningkatan pendapatan daripada iklan. Untuk membolehkan majalah bertahan di pasaran, ketiga-tiga tiang haruslah bantu-membantu, samalah seperti sebuah kerusi; untuk selesa diduduki, masing-masing tiang kerusi mestilah kukuh dan seimbang. Jika salah satu tiang lemah atau tidak seimbang dengan yang lain, kerusi akan goyang dan mungkin tumbang. Bagaimanakah situasi editorial majalah Melayu selepas Perang? Mampukah kandungan editorial majalah menarik perhatian pembaca sehingga sirkulasinya meningkat? Bagaimanakah pula dengan sambutan pengiklan terhadap ruang-ruang iklan yang disediakan oleh majalah Melayu? Dan akhirnya, adakah penerbitan majalah Melayu pada periode itu menguntungkan? Inilah antara persoalan yang akan dikupas dalam buku ini. 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More