Price | RM20.00 |
Product SKU | 9789831953662 |
Brand | Karisma Publications |
Reward Points | 20 |
Points Needed | 4000 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Ketokohan dan Pemikiran Abu Bakar Al-Baqir - Kulit lembut
Penulis: Khairul Nizam Zainal Badri
ISBN: 9789831953662
Penerbit: Karisma Publications
Tahun: 2008
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 119
Berat: 190g
Almarhum Al-Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempunyai jasa yang amat besar kepada bidang pendidikan, khususnya kepada umat Islam. Beliau turut terlibat dalam aktiviti mengembangkan agama, memimpin masyarakat setempat dan memikirkan masalah kemunduran umat Melayu khususnya dalam sektor pendidikan dan ekonomi. Beliau juga terlibat secara langsung dalam gerakan mencetuskan kesedaran bangsa Melayu dan membangkitkan semangat bangsa agar kembali menguasai negara pada ketika negara masih dijajah pada waktu itu.
Buku ini, penulis menumpukan sepenuh perhatian kepada sumbangan almarhum Al-Ustaz dalam bidang pendidikan walaupun nama almarhum Al-Ustaz juga amat terkenal dalam bidang politik tanah air. Aspek pemikiran serta pengalaman beliau dikongsikan bersama dalam buku ini untuk dihayati dan diambil faedah daripadanya. Isi kandungan buku ini terbahagi kepada dua topik utama iaitu pertama, ketokohan almarhum Al-Ustaz dan kedua, pemikiran almarhum Al-Ustaz.