Price | RM33.00 |
Product SKU | 9789671505601 |
Brand | Taman Pustaka |
Reward Points | 33 |
Points Needed | 6600 |
Availability | Out Of Stock |
Description
Islam di Sarawak: Wawasan Islam dalam Riwayat dan Sumber Tempatan - Kulit lembut
Penulis: Wan Ariffin Wan Yon
Tahun: 2017
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 104
Berat: 240g
Buku Islam di Sarawak: Wawasan Islam dalam Riwayat dan Sumber Tempatan ini merupakan himpunan makalah berkaitan beberapa aspek sejarah dan pensejarahan masyarakat Muslim di Sarawak. Makalah-makalah yang termuat dalam karya ini cuba meninjau sejarah masyarakat Islam di Sarawak menerusi sumber tempatan seperti catatan silsilah, manuskrip hikayat dan juga kitab manaqib.
Objektif utama penerbitan karya ini adalah bagi mencetuskan kembali- walaupun bukan sebagai pemula - wacana berkaitan 'Islam di Sarawak'. Memandangkan penulisan dalam mauduk seumpamanya sangat kurang dan amat terhad, diharapkan buku ini dapat menambahkan bahan bacaan berkaitan topik sejarah Islam dan masyarakat Muslim di Sarawak.
Sesuatu yang jarang dicatatkan dalam sejarah perkembangan Islam di Sarawak adalah tentang kewujudan kelompok masyarakat Hadrami. Walaupun kelompok ini merupakan antara subjek kajian penting dalam perbahasan Islam di Alam Melayu, namun kewujudannya dalam kajian masyarakat Muslim Sarawak sangat jarang ditemukan. Dalam perbahasan menerusi makalah-makalah yang terakam dalam buku ini nanti, pembaca akan mendapati bahawa kelompok Arab Hadrami ini telah bertapak sekian lama dan berasimilasi menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan, dengan memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan Islam di Sarawak khususnya.
Reviews (0)
view all
back
You Might Like These Too:More