Price | RM48.00 |
Product SKU | 9789670922614 |
Brand | Penerbit UniMap |
Reward Points | 48 |
Points Needed | 9600 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Dunia Melayu: Keintelektualan, Kepimpinan, Konflik dan Perjuangan - Kulit lembut
Editor: Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Muhammad Safwan Mohd A'seri & Sivarajan Ponniah
ISBN: 9789670922614
Penerbit: Penerbit UniMap
Tahun: 2018
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 251
Berat: 365g
Dunia Melayu: Keintelektualan, Kepimpinan, Konflik dan Perjuangan menghimpunkan sembilan isu mengenai proses dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam memastikan kelangsungan institusi pemerintahan. Buku ini tertumpu kepada aspek senario politik serta sosioekonomi di Aceh, Indonesia dan negeri-negeri Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Selangor, Terengganu, Perak, Melaka, Pahang dan Johor. Penulisan ini tidak hanya bersandarkan tentang sejarah dunia Melayu, sebaliknya berdasarkan catatan sahih yang dirujuk kepada 'Hikayat Aceh', 'Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah', 'Macam-Macam Ingatan dan Lawatan Yang Maha Mulia Sultan', 'Salasilah dari Al-Marhum Baginda Omar hingga kepada Al-Marhum Sultan Sulaiman', 'Manuskrip Mantera Gajah' serta 'Koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid'. Selain itu, beberapa siri peperangan seperti Perang Kedah-Siam, serta Perang Klang turut dibincangkan bagi memperlihatkan pergelutan kerajaan Melayu dulu dalam pengukuhan aspek politik. Isu penentangan terhadap penubuhan Malayan Union sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 turut dikupas bagi menunjukkan konflik dan perjuangan masyarakat Melayu. Buku ini turut mengupas pelbagai tema yang menarik. Segala idea dan pandangan para penulis artikel ini diharapkan dapat merangsang minda para pembaca untuk mendalami pengetahuan tentang keintelektualan, kepimpinan, konflik dan perjuangan dalam dunia Melayu. Semoga penerbitan buku ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para pembaca dan penyelidik dalam meneroka bidang-bidang tertentu yang berkaitan dengan dunia Melayu.