Price | RM10.00 |
Product SKU | 1673848272656 |
Brand | Jundi Resources |
Points Needed | 2000 |
Availability | Out Of Stock |
Kemuliaan Al-Quran dan Sejarah Pemalsuan Al-Quran - Kulit Lembut
Penulis: Riduan Mohamad Nor, Mohd Asri Mat Daud
ISBN: -
Penerbit: MHI Publication
Tahun: September 2006
Bahasa: Melayu
Muka Surat: 93
Berat: 138g
Buku kecil ini ditulis bagi mempertahankan Al Quran dan kemuliaannya yang di sepanjang zaman cuba ditusuk dengan pelbagai serangan oleh musuh Islam. Cermin sejarah tidak pernah memadamkan pengkhianatan ini semenjak zaman Nabi SAW sehinggalah zaman kita yang serba pantas dan canggih ini. Musuh hanya bertukar watak dan jenama, Umar Bin Hisyam, Umaiyyah Bin Khalaf, Utbah Bin Rabiah, Musailamah Al-Kazzab adalah nama dan watak antagonis di zaman Nabi SAW yang kini menjelma dalam bentuk baru yang lebih bergengsi.
Gerakan untuk memperlekehkan Al Quran, menimbulkan keraguan terhadapNya sentiasa berlegar di sepanjang pentas sejarah. Contohnya aliran fahaman komunisme yang meletakkan agama sebagai candu sehingga Stalin seorang pemuka fahaman ini pernah mengatakan Al Quran hanya layak dibuat kertas tandas. Pengkagum sains konvensional pula yang sentiasa mewajarkan sesuatu berdasarkan pembuktian secara imperikal juga sentiasa bersikap sinis terhadap Islam.Sedangkan Islam dan Al Quran sebagai petunjuk mendahului ratusan tahun kajian-kajian sains semasa.
Semoga buku kecil ini mampu menambahkan kepustakaan maklumat pembaca berkaitan mukjizat paling agung yang diturunkan kepada junjungan Nabi SAW. Sebarang gerakan menimbulkan keraguan terhadap Islam dan Al Quran sebagai dustur harus dijawab dengan hujjah-hujjah intelektual.