Free shipping within Peninsular Malaysia for order over RM120.00
RM35.00
Pemikiran Islam: Pertumbuhan dan Perkembangan
Price RM35.00
Product SKU 9789991744728
Brand Penerbit KUPU SB
Size (L x W x H) 25 cm x 20 cm x 3 cm
Availability 1
Quantity
Description

Pemikiran Islam: Pertumbuhan dan Perkembangan - Kulit lembut


Pengarang: Ghazali Basri
ISBN: 9789991744728
Penerbit: Penerbit Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
Tahun: 2011
Bahasa: Bahasa Malaysia
Muka Surat: 204
Berat: 344g

 

Pertumbuhan dan Perkembangan mengajak peneliti sejarah pemikiran Islam khasnya dan pembaca umumnya untuk menoleh kebelakang agar dapat menilai khazanah yang dititipkan oleh para ilmuwan silam dalam soal pemurniaan akidah. Kerencaman serta kepelbagaian aliran fahaman yang muncul sesudah zaman Khulafa al-rashidin hampir-hampir sahaja menjerumuskan umat ke jurang kesesatan. Kemunculan tokoh seperti Abu Hasan al-'Ashari, Abu Mansur al-Maturidi, dan diikuti oleh al-Ghazali dan beberapa lagi telah berhasil merumuskan sebuah sistem akidah yang sejahtera berpaksikan al-Qur'an dan al-Sunnah yang dikenali dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Atas landasan inilah pertumbuhan pemikiran selanjutnya berkembang sehingga kita menyaksikan lahirnya tokoh-tokoh pemikir-mujaddid pada setiap abad. Dirakamkan dalam buku ini empat tahap perkembangan pemikiran dimulai dengan semangat untuk menentang penjajahan, kemudian diikuti dengan keperluan mempersiapkan pekerja muslim menerusi tarbiah berorganisasi, kemudian diikuti pula dengan mempertingkat kualiti umat menerusi dakwah dan tarbiah dan yang terkini ialah pemikiran di sekitar menangani isu-isu semasa. Setiap tahap tersebut ditampilkan tokoh pemikir-mujaddidnya. Untuk mengetahui pokok-pokok pemikiran yang diperkenalkan, sorotan buku hasil tulisan setiap tokoh tersebut disediakan.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
You Might Like These Too:More